{"id":40753,"date":"2024-09-06T12:36:56","date_gmt":"2024-09-06T04:36:56","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=40753"},"modified":"2024-09-06T12:36:56","modified_gmt":"2024-09-06T04:36:56","slug":"atlet-olimpik-maut-dibakar-teman-lelaki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/atlet-olimpik-maut-dibakar-teman-lelaki\/","title":{"rendered":"Atlet Olimpik Maut Dibakar Teman Lelaki"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-588765831\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Atlet Maraton Olimpik Paris 2024, Rebecca Cheptegei dari Uganda meninggal dunia selepas disimbah petrol dan dibakar oleh teman lelaki di rumahnya terletak di Daerah Trans-Nzoia, Ahad lepas.<\/p>\n<p>Menurut laporan The Standard, atlet berusia 33 tahun itu mengalami 80 peratus luka melecur yang teruk akibat serangan tersebut.<\/p>\n<p>Laporan mengatakan, Cheptegei menjadi sasaran selepas pulang dari gereja bersama dua anak perempuannya, dipercayai berusia sembilan dan 11 tahun, ketika kejadian berlaku.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya cuba menyelamatkan ibu saya.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya berteriak mendapatkan bantuan dan seorang jiran datang membantu saya untuk memadamkan api menggunakan air, tetapi tak tidak berjaya,&#8221;<\/em> kata salah seorang anaknya sebelum ditendang oleh suspek.<\/h5>\n<p>Ketua Polis Daerah Trans-Nzoia, Jeremiah ole Kosiom berkata, pasangan tersebut didengari bergaduh di luar rumah.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Semasa pergaduhan, teman lelakinya dilihat menyimbah cecair terhadap atlet tersebut sebelum membakarnya,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Laporan yang difailkan oleh ketua polis tempatan menyatakan bahawa pasangan itu kedengaran berebut tanah milik mangsa sebelum kebakaran bermula.<\/p>\n<p>Suspek, Dickson Ndiema,\u00a0 yang juga terperangkap dan melecur teruk turut dirawat di hospital yang sama dengan Cheptegei.<\/p>\n<p>Atlet maraton itu, berada dalam keadaan kritikal beberapa hari di Moi Teaching and Referral Hospital di Eldoret, Kenya Barat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi Khamis akibat kegagalan organ.<\/p>\n<p>Terdahulu, Cheptegei menduduki tempat ke-44 dalam acara maraton di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung pada 11 Ogos di Paris.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Atlet Maraton Olimpik Paris 2024, Rebecca Cheptegei dari Uganda meninggal dunia selepas disimbah petrol dan dibakar oleh teman lelaki di rumahnya terletak di Daerah Trans-Nzoia, Ahad lepas. Menurut laporan The Standard, atlet berusia 33 tahun itu mengalami 80 peratus luka melecur yang teruk akibat serangan tersebut. Laporan mengatakan, Cheptegei menjadi sasaran selepas pulang dari gereja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":40768,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1234],"tags":[],"class_list":["post-40753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40769,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40753\/revisions\/40769"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40768"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}