{"id":40571,"date":"2024-09-03T09:45:46","date_gmt":"2024-09-03T01:45:46","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=40571"},"modified":"2024-09-03T09:45:46","modified_gmt":"2024-09-03T01:45:46","slug":"pertahan-emas-di-paralimpik-2024-cheah-liek-hou-belum-mahu-gantung-raket","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pertahan-emas-di-paralimpik-2024-cheah-liek-hou-belum-mahu-gantung-raket\/","title":{"rendered":"Pertahan Emas Di Paralimpik 2024, Cheah Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1842993634\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Buat masa sekarang, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou belum mahu gantung raket sebaliknya beliau tekad untuk terus berjuang demi negara selagi kudratnya terdaya.<\/p>\n<p>Memetik laporan Bernama, Liek Hou akui pencapaiannya dalam mempertahankan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) bukanlah satu pengakhiran buat kariernya.<\/p>\n<p>Hal ini kerana, jaguh badminton berusia 36 tahun itu masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.<\/p>\n<h2>Liek Hou belum mahu gantung raket<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40575 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/lieakefh2w4dfgas_1725320841.webp\" alt=\"Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket\" width=\"960\" height=\"714\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/lieakefh2w4dfgas_1725320841.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/lieakefh2w4dfgas_1725320841-300x223.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/lieakefh2w4dfgas_1725320841-768x571.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/lieakefh2w4dfgas_1725320841-16x12.webp 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<p>Kata Liek Hou, walaupun tidak boleh meramal peluang beraksi pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles (LA28), namun beliau mahu memberi tumpuan terlebih dahulu bersaing pada Sukan Para Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Masih ada empat tahun lagi sebelum ke Los Angeles 2028 dan saya pun tidak tahu apa akan terjadi kepada saya ketika itu. Yang penting saya akan fokus tahun demi tahun menuju ke Sukan Para Asia 2026 di Jepun.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kejayaan menang emas di sini menandakan kondisi saya masih boleh tahan lagi, jadi saya mahu cipta lebih banyak rekod dan sejarah buat sukan badminton para selagi diri masih kuat,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40576 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/majoriti.jpg\" alt=\"Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket\" width=\"666\" height=\"443\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/majoriti.jpg 666w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/majoriti-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/majoriti-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 666px) 100vw, 666px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Majoriti<\/em><\/p>\n<p>Mengulas mengenai perlawanan akhir menentang wakil Indonesia Suryo Nugroho, Liek Hou berkata lawannya itu kadang kala terperangkap dengan tiupan angin dalam venue.<\/p>\n<p>Susulan itu, beliau memanfaatkan kesempatan tersebut lebih-lebih lagi menukar corak permainan kepada mod menyerang di penghujung set kedua untuk memastikan emas kekal berada di dalam genggamannya.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/paralimpik-paris-2024-eddy-bernard-raih-gangsa-pertama-buat-malaysia\/\">Paralimpik Paris 2024: Eddy Bernard Raih Gangsa Pertama Buat Malaysia<\/a><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Liek Hou menjelaskan dia memeluk Nova Armada sejurus tamat perlawanan kerana jurulatih dari Indonesia itu banyak berada di sisinya tidak kira ketika senang atau susah.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jurulatih Nova faham karakter saya, dia tahu betapa saya susah dan bergelut dari dahulu sampai sekarang. Saya tidak mahu mengecewakan dia sebab itu kejayaan ini mahu dedikasikan kepadanya juga,&#8221; <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p style=\"text-align: center;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40574 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro.webp\" alt=\"Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket\" width=\"1200\" height=\"864\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-300x216.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-1024x737.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-768x553.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Harian Metro<\/em><\/p>\n<p>Sementara itu, Liek Hou berkata beliau mahu berehat seketika selepas melakukan pengorbanan besar meninggalkan keluarga khususnya isteri tercinta, Dewi Febriana demi mengejar impian mengekalkan emas di Paris 2024.<\/p>\n<p>Justeru itu, beliau merancang untuk membawa isterinya balik ke kampung halaman di Medan, Indonesia selain melancong ke luar negara bagi meraikan kejayaan di Paris 2024 dan menghargai sokongan padu insan tercintanya selama ini.<\/p>\n<p>Pada masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan termasuk Menterinya, Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas bantuan yang telah diberikan sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40577 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/the-sun.jpg\" alt=\"Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket\" width=\"775\" height=\"557\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/the-sun.jpg 775w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/the-sun-300x216.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/the-sun-768x552.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/the-sun-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 775px) 100vw, 775px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: The Sun<\/em><\/p>\n<p>Sebelum ini, perlawanan akhir Liek Hou di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan jaguh negara itu menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengatasi Suryo 21-13,21-15 dalam masa 42 minit.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/paralympics.bernama.com\/news-bm.php?id=2336187\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a> (Amiril Muttaqien Meketar)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buat masa sekarang, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou belum mahu gantung raket sebaliknya beliau tekad untuk terus berjuang demi negara selagi kudratnya terdaya. Memetik laporan Bernama, Liek Hou akui pencapaiannya dalam mempertahankan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) bukanlah satu pengakhiran buat kariernya. Hal ini kerana, jaguh badminton berusia 36 tahun itu masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":40578,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1234],"tags":[],"class_list":["post-40571","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40571","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40571"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40571\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40579,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40571\/revisions\/40579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40578"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40571"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40571"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40571"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}