{"id":40235,"date":"2024-08-27T14:28:46","date_gmt":"2024-08-27T06:28:46","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=40235"},"modified":"2024-08-27T14:28:46","modified_gmt":"2024-08-27T06:28:46","slug":"patut-contohi-najib-puad-saran-muhyiddin-letak-jawatan-ini-berkaitan-integriti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/patut-contohi-najib-puad-saran-muhyiddin-letak-jawatan-ini-berkaitan-integriti\/","title":{"rendered":"Patut Contohi Najib, Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan &#8211; &#8220;Ini Berkaitan Integriti&#8221;"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2449306173\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi saran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan yang disandangnya.<\/p>\n<p>Menerusi satu hantaran di Facebook, selain melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN, Mohd Puad turut menyarankan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden BERSATU.<\/p>\n<p>Katanya, bekas perdana menteri itu yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut di Felda Perasu, Gua Musang pada 14 Ogos lalu tidak wajar menggunakan alasan belum dihukum bersalah untuk tidak berundur.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tidak payahlah guna alasan bahawa dia belum dihukum bersalah,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, Mohd Puad menjelaskan saranannya itu berkaitan dengan integriti susulan Muhyiddin yang terlibat dengan beberapa isu selain dakwaan kenyataan menghasut itu.<\/p>\n<h2>Puad saran Muhyiddin letak jawatan<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40237 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7.jpeg\" alt=\"Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/kosmo-7-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Kosmo<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ini berkaitan integriti. Dia didakwa rasuah kerana isu Jana Wibawa. Hari ini pula didakwa kerana isu 3R (raja, agama dan kaum). Menantunya belum menyerah diri dan BERSATU kalah teruk di Nenggiri,&#8221; <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Katanya lagi, Muhyiddin sepatutnya mencontohi bekas presiden UMNO, Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/majlis-ulama-umno-kesal-sikap-abdul-hadi-berpolitik-boleh-cetus-naratif-perpecahan-1980-an\/\">Majlis Ulama UMNO Kesal Sikap Abdul Hadi Berpolitik, Boleh Cetus Naratif Perpecahan 1980-an<\/a><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Najib letak jawatan bila Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum 14 (PRU14). Ketika itu dia belum didakwa pun.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tetapi kenapa dengan baggage yang berat masih mahu kekal jawatan? PAS bisu kerana masih keliru siapa dajal,&#8221; <\/em>sindirnya.<\/h5>\n<p>Muhyiddin dihadapkan ke mahkamah dan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang\u00a0didakwa menyentuh isu 3R pada kempen pilihan raya kecil Nenggiri, bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-40238 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/sinar-harian-9.jpg\" alt=\"Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan\" width=\"1000\" height=\"670\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/sinar-harian-9.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/sinar-harian-9-300x201.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/sinar-harian-9-768x515.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/sinar-harian-9-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Sinar Harian<\/em><\/p>\n<p>Muhyiddin mendakwa beliau mendapat sokongan 115 ahli Parlimen dalam bentuk akuan berkanun (SD), yang dikatakan mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri, susulan keputusan pilihan raya umum ke -15 yang menyaksikan parlimen tergantung.<\/p>\n<p>Dia mendakwa, bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak memanggilnya untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dilihat sebagai mempertikai tugas dan kewibawaan Baginda sehingga menimbulkan kemarahan pihak istana Pahang, yang kemudiannya membuat laporan polis.<\/p>\n<p>Sumber: Facebook <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/drpuadzarkashi.official\/posts\/1080967293400305\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Dr Mohd Puad Zarkashi<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi saran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan yang disandangnya. Menerusi satu hantaran di Facebook, selain melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN, Mohd Puad turut menyarankan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden BERSATU. Katanya, bekas perdana menteri itu yang didakwa di Mahkamah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":40239,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1232],"tags":[],"class_list":["post-40235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40235"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40241,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40235\/revisions\/40241"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}