{"id":39817,"date":"2024-08-19T13:18:58","date_gmt":"2024-08-19T05:18:58","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=39817"},"modified":"2024-08-19T13:18:58","modified_gmt":"2024-08-19T05:18:58","slug":"protes-merebak-ke-seluruh-india-sebagai-solidariti-kes-doktor-pelatih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/protes-merebak-ke-seluruh-india-sebagai-solidariti-kes-doktor-pelatih\/","title":{"rendered":"Protes Merebak Ke Seluruh India Sebagai Solidariti Kes Doktor Pelatih"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2097190004\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Sebahagian besar doktor muda di India meneruskan mogok dengan tidak keluar bekerja pada Ahad bagi menuntut keadilan terhadap Moumita Debnath yang dirogol dan dibunuh pada 9 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Menerusi satu laporan Reuters, beberapa doktor di seluruh negara tersebut telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan tidak mahu berjumpa pesakit bukan kecemasan bermula minggu lalu selepas kes pembunuhan doktor pelatih berusia 31 tahun itu di bandar timur Kolkata.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-39825 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3yrk821s.png\" alt=\"\" width=\"534\" height=\"355\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3yrk821s.png 534w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3yrk821s-300x199.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3yrk821s-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 534px) 100vw, 534px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Reuters<\/em><\/p>\n<p>Beribu-ribu orang telah berarak di sekitar jalan di Kolkata pada petang Ahad sebagai solidariti bersama pasukan kesihatan sambil melaungkan &#8220;kami mahukan keadilan&#8221;.<\/p>\n<p>Seorang aktivis wanita berkata, kejadian di kolej dan Hospital Perubatan RG Kar itu membuktikan wanita di India terus menderita walaupun undang-undang lebih ketat diperkenalkan selepas kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan pelajar berusia 23 tahun di Delhi pada 2012.<\/p>\n<p>Walaupun India memperkenalkan sistem keadilan jenayah baharu termasuk memberi hukuman yang lebih berat selepas kejadian pada 2012 tersebut, namun ia masih tidak cukup untuk menghalang keganasan terhadap wanita.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-39824 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3t9d0bh8.png\" alt=\"\" width=\"664\" height=\"443\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3t9d0bh8.png 664w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3t9d0bh8-300x200.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/3t9d0bh8-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 664px) 100vw, 664px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: lemonde.fr<\/em><\/p>\n<p>Persatuan Perubatan India (IMA) sebelum ini telah mengadakan mogok selama 24 jamnya yang berakhir jam 6 pagi pada Ahad sekali gus menghantar surat kepada Perdana Menteri Narendra Modi supaya memastikan kakitangan hospital dilindungi.<\/p>\n<p>Hal itu memandangkan sebanyak 60 peratus doktor di India adalah wanita selain mencadangkan supaya protokol keselamatan yang diperkenalkan di lapangan terbang turut diguna pakai di hospital.<\/p>\n<p>Ketua Persatuan Perubatan Indiadi Uttar Pradesh, Dr. Madan Mohan Paliwal berkata, sebahagian besar doktor telah kembali menjalankan tugasan dan rutin mereka sebagai pengawai kesihatan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-39826 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/eol25d06.png\" alt=\"\" width=\"534\" height=\"358\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/eol25d06.png 534w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/eol25d06-300x201.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/eol25d06-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 534px) 100vw, 534px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Reuters<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> &#8220;Tindakan seterusnya akan diputuskan jika kerajaan tidak mengambil sebarang langkah tegas untuk melindungi doktor. Malah kali ini, kami akan menghentikan perkhidmatan kecemasan juga,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Forum Tindakan Bersama Doktor Muda dan Semua Penduduk India pula menegaskan mereka akan melanjutkan &#8220;pemberhentian kerja di seluruh negara&#8221; dengan hanya memberi tempoh 72 jam kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan membuat penahanan bermula hari Sabtu.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-gb\/news\/world\/protests-spread-over-indian-doctors-rape-and-murder\/ar-AA1p06xI?ocid=BingNewsSerp\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Reuters<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebahagian besar doktor muda di India meneruskan mogok dengan tidak keluar bekerja pada Ahad bagi menuntut keadilan terhadap Moumita Debnath yang dirogol dan dibunuh pada 9 Ogos lalu. Menerusi satu laporan Reuters, beberapa doktor di seluruh negara tersebut telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan tidak mahu berjumpa pesakit bukan kecemasan bermula minggu lalu selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":39827,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1230],"tags":[],"class_list":["post-39817","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39817","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39817"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39817\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39837,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39817\/revisions\/39837"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39827"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}