{"id":36106,"date":"2024-06-18T13:35:39","date_gmt":"2024-06-18T05:35:39","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=36106"},"modified":"2024-06-18T13:35:39","modified_gmt":"2024-06-18T05:35:39","slug":"perubahan-mental-buat-lee-zii-jia-tenang-petanda-positif-sebelum-ke-olimpik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/perubahan-mental-buat-lee-zii-jia-tenang-petanda-positif-sebelum-ke-olimpik\/","title":{"rendered":"Perubahan Mental Buat Lee Zii Jia Tenang, Petanda Positif Sebelum Ke Olimpik"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-135381255\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia akui banyak perubahan positif terutama daripada segi mental lebih tenang ketika dalam gelanggang dan mahu berehat seketika sebelum mempersiapkan diri pada sukan Olimpik Paris 2024, bulan hadapan.<\/p>\n<p>Menurut laporan Kosmo! Online, Zii Jia menganggap kemenangannya dalam Kejohan Badminton Terbuka Australia yang berjaya menewaskan pemain nombor enam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada perlawanan akhir kelmarin sebagai satu tanda positif dan membuktikan prestasinya semakin hampir pada peringkat terbaik.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-36108\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-AFP.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-AFP.png 626w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-AFP-300x200.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-AFP-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: AFP<\/em><\/p>\n<p>Sementara itu, bekas juara Asia dan All England itu turut mengakui bahawa prestasi yang ditonjolkan dalam beberapa minggu sebelum ini dilihat semakin positif lebih-lebih lagi selepas menjuarai dua perlawanan termasuk Terbuka Thailand dua bulan lalu.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cJika bercakap mengenai perubahan, sebenarnya saya sudah berubah banyak dari segi mental kerana lebih tenang sekarang di dalam gelanggang. Bagi saya, ini adalah petanda positif untuk saya ke arah Sukan Olimpik nanti.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cBanyak perkara positif yang berlaku dalam tempoh empat ke lima minggu ini. Sekarang saya akan balik (ke Malaysia), berehat dan \u2018cas semula\u2019 sebelum buat persiapan terbaik untuk ke Olimpik,\u201d<\/em> katanya.<\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Pemain yang berada di kedudukan kelapan dunia ini menjadikan kejuaraan pada Jelajah Dunia Super 500 itu sebagai tonik terbaik memandangkan dia dianggap sebagai prospek untuk menyumbang pingat emas temasya Olimpik pertama negara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-36109\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-ig.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"525\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-ig.png 585w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-ig-300x197.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/06\/zii-jia-ig-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: IG BAM<\/em><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Zii Jia berkata, dia tidak terfikir untuk memenangi perlawanan tersebut memandangkan aksi menentang Naraoka antara perlawanan paling sukar yang pernah dihadapinya sejak bergelar pemain profesional.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya tidak fikir dapat mara ke final dan menang dengan cara (perlawanan sukar) seperti ini. Satu perlawanan yang sangat menarik, mungkin salah satu kemenangan terbaik dalam karier saya.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya fikir Kodai (Naraoka) juga sudah berikan segala-galanya pada perlawanan ini. Secara keseluruhan, kami berdua sudah berikan yang terbaik untuk final Terbuka Australia,\u201d<\/em> ujarnya lagi.<\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/06\/18\/lee-zii-jia-akui-sudah-semakin-matang\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Kosmo! Online<\/a> (Muhammad Helmee Ramli)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia akui banyak perubahan positif terutama daripada segi mental lebih tenang ketika dalam gelanggang dan mahu berehat seketika sebelum mempersiapkan diri pada sukan Olimpik Paris 2024, bulan hadapan. Menurut laporan Kosmo! Online, Zii Jia menganggap kemenangannya dalam Kejohan Badminton Terbuka Australia yang berjaya menewaskan pemain nombor enam dunia dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":36111,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1234],"tags":[],"class_list":["post-36106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36106"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36114,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36106\/revisions\/36114"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}