{"id":34269,"date":"2024-05-28T06:52:53","date_gmt":"2024-05-27T22:52:53","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=34269"},"modified":"2024-05-28T06:52:53","modified_gmt":"2024-05-27T22:52:53","slug":"kwsp-terima-lebih-2-juta-permohonan-pindahan-amaun-ke-akaun-fleksibel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kwsp-terima-lebih-2-juta-permohonan-pindahan-amaun-ke-akaun-fleksibel\/","title":{"rendered":"KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Amaun Ke Akaun Fleksibel"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2901206686\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan telah diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei 2024 ini.<\/p>\n<p>Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata, KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-34297 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/Sazaliza-Zainuddin-sebagai-Ketua-Pegawai-Operasi.png\" alt=\"\" width=\"770\" height=\"583\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/Sazaliza-Zainuddin-sebagai-Ketua-Pegawai-Operasi.png 770w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/Sazaliza-Zainuddin-sebagai-Ketua-Pegawai-Operasi-300x227.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/Sazaliza-Zainuddin-sebagai-Ketua-Pegawai-Operasi-768x581.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/Sazaliza-Zainuddin-sebagai-Ketua-Pegawai-Operasi-16x12.png 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 770px) 100vw, 770px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: dagangnews.com<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun. \u00a0Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,&#8221;<\/em> katanya hari ini.<\/h5>\n<p>Beliau berkata, sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan yang mana melibatkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan untuk memindahkan satu pertiga daripada baki simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-34273 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/akaun-fleksibel-kwsp-2-819x1024-1-768x960-1.jpg\" alt=\"\" width=\"768\" height=\"960\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/akaun-fleksibel-kwsp-2-819x1024-1-768x960-1.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/akaun-fleksibel-kwsp-2-819x1024-1-768x960-1-240x300.jpg 240w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/akaun-fleksibel-kwsp-2-819x1024-1-768x960-1-10x12.jpg 10w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: ikerajaan.com<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pemindahan amaun awal ke Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan dibuat. Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan,\u00a0 dengan pengeluaran minimum RM50,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Sementara itu, Sazaliza turut menasihatkan kepada ahli supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan kerana tarikh tutup pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel adalah pada 31 Ogos 2024.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-34276 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq.png\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"630\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq.png 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq-300x158.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq-1024x538.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq-768x403.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/qgyssstq-18x9.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Harian Metro<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi,&#8221;<\/em> jelasnya lagi.<\/h5>\n<p>Untuk makluman, inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli disamping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka yang mana distruktur semula daripada dua akaun kepada tiga akaun.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.kwsp.gov.my\/ms\/w\/kwsp-terima-lebih-2juta-permohonan-pemindahan-amaun-permulaan-1\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">KWSP<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan telah diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei 2024 ini. Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata, KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":34298,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-34269","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34269","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34269"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34299,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34269\/revisions\/34299"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}