{"id":34066,"date":"2024-05-24T14:06:33","date_gmt":"2024-05-24T06:06:33","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=34066"},"modified":"2024-05-24T14:06:33","modified_gmt":"2024-05-24T06:06:33","slug":"kes-serangan-balai-polis-ulu-tiram-5-sekeluarga-ditahan-bawah-sosma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kes-serangan-balai-polis-ulu-tiram-5-sekeluarga-ditahan-bawah-sosma\/","title":{"rendered":"Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 5 Sekeluarga Ditahan Bawah SOSMA"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3540268694\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Lima sekeluarga ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) rentetan kes serangan balai polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu.<\/p>\n<p>Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun ditamatkan tempoh reman pada hari ini.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-34072 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-utusan.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"522\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-utusan.png 575w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-utusan-300x196.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-utusan-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Utusan Malaysia<\/em><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Razarudin berkata, siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) manakala, Cawangan Khas Bukit Aman bakal jalankan siasatan di bawah SOSMA.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cJadi siasatan bersekali, tiada masalah,\u201d <\/em>katanya dalam sidang akhbar pada hari ini.<\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Tambahnya lagi, menurut siasatan awal, bapa kepada suspek disyaki salah seorang ahli Jemaah Islamiyah (JI) memandangkan pihak polis memiliki data dan rekodnya.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cApabila kita panggil saksi antaranya jiran, kita dapati keluarga itu terasing, tidak campur dengan orang malah ada yang tidak bersekolah.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cAnak yang ditembak mati (suspek) sekolah sampai darjah empat, abang dia sahaja sampai tingkatan lima, seorang lagi kakak sampai darjah enam,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Jelasnya, meskipun pihaknya mempunyai rekod bapa kepada suspek, namun setelah mendapatkan 47 orang saksi, mereka mendapati suspek yang ditembak mati itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan JI.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-34073 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-kosmo.png\" alt=\"\" width=\"799\" height=\"529\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-kosmo.png 580w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-kosmo-300x199.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/polis-kosmo-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 799px) 100vw, 799px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Kosmo! Online<\/em><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya kena cakap benda yang betul, tapi orang spin (pusing),\u201d<\/em> jelasnya lagi.<\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Sebelum ini, terdapat media yang melaporkan bahawa tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Walaupun begitu, dua orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkait dengan kes serangan terbabit telah dibebaskan tanpa sebarang syarat pada Rabu lalu.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.utusan.com.my\/berita\/2024\/05\/lima-ahli-keluarga-suspek-serangan-ulu-tiram-ditahan-bawah-sosma\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Utusan Malaysia<\/a> (Nur Aina Hanis Abd Halim)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lima sekeluarga ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) rentetan kes serangan balai polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu. Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun ditamatkan tempoh reman pada hari ini. Foto: Utusan Malaysia Dalam pada itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":34075,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-34066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34066"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34079,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34066\/revisions\/34079"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}