{"id":34062,"date":"2024-05-24T14:29:26","date_gmt":"2024-05-24T06:29:26","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=34062"},"modified":"2024-05-24T14:29:26","modified_gmt":"2024-05-24T06:29:26","slug":"selepas-dua-pertuduhan-bekas-setiausaha-politik-didakwa-minta-rasuah-rm350000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/selepas-dua-pertuduhan-bekas-setiausaha-politik-didakwa-minta-rasuah-rm350000\/","title":{"rendered":"Selepas Dua Pertuduhan, Bekas Setiausaha Politik Didakwa Minta Rasuah RM350,000"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3192742954\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"article-text new-line\">Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin iaitu Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad didakwa lagi atas kes meminta suapan RM350,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.<\/p>\n<p>Menerusi satu laporan Astro Awani, lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud berhubung tender pembekalan alat baiki berjumlah RM381 juta, empat tahun lalu.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-34069 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/gz3ni7sd.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"480\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/gz3ni7sd.png 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/gz3ni7sd-300x180.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/gz3ni7sd-768x461.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/gz3ni7sd-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: MalaysiaKini<\/em><\/p>\n<h5 class=\"article-text new-line\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Faham, saya mohon dibicarakan,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Menurut laporan, Sayed Amir Muzzakki\u00a0dikatakan meminta suapan berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Wan Azhar Mohamed Yusof di pejabat syarikat tersebut, iaitu di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam pada jam 4 petang, Disember 2020 lalu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia didakwa sebagai upah membantu syarikat mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNET Untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kementerian Dalam Negeri bernilai RM381,112,042.44,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Pertuduhan tersebut dilaporkan akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-34068 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"719\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/setpol-suapan-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Kosmo<\/em><\/p>\n<div>\n<p class=\"article-text new-line\">Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farhana Ismail memohon kepada mahkamah untuk menggunapakai ikat jamin yang telah ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, iaitu sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<h5 class=\"article-text new-line\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sekali setiap bulan.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"article-text new-line\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kami juga memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p class=\"article-text new-line\">Bagaimanapun peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzzakkir tidak membantah terhadap cadangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.<\/p>\n<p>Untuk makluman, Awang Kerisnada membenarkan permohonan ikat jamin tersebut selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak sekali gus menetapkan tarikh sebutan semula kes\u00a0di Kuala Lumpur pada 12 Julai depan.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/bekas-setpol-hamzah-zainuddin-didakwa-minta-rasuah-rm350000-471971\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Astro Awani<\/a><\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin iaitu Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad didakwa lagi atas kes meminta suapan RM350,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Menerusi satu laporan Astro Awani, lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":34070,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-34062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34062"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34083,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34062\/revisions\/34083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34070"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}