{"id":32974,"date":"2024-05-14T10:08:49","date_gmt":"2024-05-14T02:08:49","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=32974"},"modified":"2024-05-14T10:08:49","modified_gmt":"2024-05-14T02:08:49","slug":"gangguan-bekalan-air-berjadual-di-lembah-klang-5-7-jun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/gangguan-bekalan-air-berjadual-di-lembah-klang-5-7-jun-ini\/","title":{"rendered":"Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Lembah Klang 5-7 Jun Ini"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1432580814\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.<\/p>\n<p>Menerusi akaun Facebook Air Selangor memaklumkan gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-32977 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"677\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor-300x169.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor-1024x578.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor-768x433.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/air-selangor-18x10.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Ringgit Plus<\/em><\/p>\n<p>Namun begitu,\u00a0pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pada 3 pagi, 6 Jun setelah kerja-kerja berkenaan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada 3 petang, 6 Jun diikuti dengan 90 peratus pada 3 pagi, 7 Jun.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 12 tengah hari, 7 Jun,&#8221; <\/em>menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.<\/h5>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/airselangor\/posts\/pfbid02mXJREYcZtmm84XTrBVYhBgxYz2mXDvftuLLTtVotgF2LzXiW1TnUUDJz1tPusHcEl<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.<\/p>\n<p>Hal ini rentetan daripada tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-32978 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898.webp\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"540\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898-300x169.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898-768x432.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898-18x10.webp 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/masalah_air_1653451898-600x337.webp 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto sekadar hiasan<\/em><\/p>\n<h5 class=\"article-text new-line\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"article-text new-line\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di kawasan yang terjejas dengan menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Sepang), serta Taman Banting Baru (Kuala Langat),&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Berhubung dengan itu, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https:\/\/www.airselangor.com\/.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/airselangor\/posts\/pfbid02mXJREYcZtmm84XTrBVYhBgxYz2mXDvftuLLTtVotgF2LzXiW1TnUUDJz1tPusHcEl\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Facebook<\/a> Air Selangor<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini. Menerusi akaun Facebook Air Selangor memaklumkan gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":32980,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-32974","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32974","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32974"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32974\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32985,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32974\/revisions\/32985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32974"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32974"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32974"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}