{"id":29288,"date":"2024-04-03T15:38:26","date_gmt":"2024-04-03T07:38:26","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=29288"},"modified":"2024-04-03T15:38:26","modified_gmt":"2024-04-03T07:38:26","slug":"kecerdasan-buatan-pemangkin-inovasi-fakulti-ai-utm-bakal-dirasmi-mei-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kecerdasan-buatan-pemangkin-inovasi-fakulti-ai-utm-bakal-dirasmi-mei-depan\/","title":{"rendered":"Kecerdasan Buatan Pemangkin Inovasi, Fakulti AI UTM Bakal Dirasmi Mei Depan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1166344345\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka merasmikan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei depan.<\/p>\n<p>Menurut laporan Bernama, perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menerusi Persidangan Dewan Negara hari ini.<\/p>\n<p><em><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-29295 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/BERNAMA.jpg\" alt=\"\" width=\"743\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/BERNAMA.jpg 743w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/BERNAMA-300x165.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/BERNAMA-18x10.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 743px) 100vw, 743px\" \/><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Bernama<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan fakulti itu selari dengan perkembangan teknologi termasuk AI.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Buat masa ini, Kementerian Kewangan memberikan peruntukan awal dan fakulti itu sedang diperbaiki dan diubah suai, peralatan berkaitan juga sedang dilengkapkan di fakulti ini,\u201d <\/em>katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.<\/h5>\n<p>Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan yang ingin mengetahui\u00a0 mengenai perkembangan terkini mengenai penubuhan Fakulti AI.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mustapha berkata keputusan untuk menutup atau mengubah suai fakulti mengikut perkembangan semasa adalah menggunakan penanda aras kebolehpasaran graduan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKementerian akan menilai fakulti mengikut indikator berkaitan kebolehpasaran graduan, bila kebolehpasaran graduan di bawah 30 peratus, memang fakulti itu terpaksa diberhentikan atau diubah suai supaya mengikut keperluan industri.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKita akan pastikan pelajar di semua fakulti dapat mengikuti kursus yang didedahkan dengan teknologi baharu terutamanya AI,\u201d <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p><em><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-29296 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/UTM.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"640\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/UTM.jpg 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/UTM-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/UTM-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/UTM-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Sinar Harian<\/em><\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui sekiranya terdapat kesan terhadap kursus sedia ada di insitusi pengajian tinggi disebabkan perkembangan AI dan langkah yang harus diambil oleh kementerian.<\/p>\n<p>Untuk rekod, penubuhan Fakulti AI ini akan bercorak multi-disiplin yang mampu menjadikan kecerdasan buatan sebagai pemangkin kepada inovasi dalam pelbagai bidang, antaranya industri pembuatan, kewangan, kesihatan, pertanian, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/am\/news.php?id=2285241&amp;fbclid=IwAR1Pnnqrvt83F1H3QsMKIyYdIP8PvQDYJsEkNYp0iEm6t3JfAcgC-wfnV6M_aem_AagLvMZUkEGuIqa0MLHz3MQSfAAfamXoetbVsZfVfYC_T47gsi8ktzbqdmlG-40zq1J_K26FggKH_QXBLc4UDAMU\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka merasmikan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei depan. Menurut laporan Bernama, perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menerusi Persidangan Dewan Negara hari ini. Foto: Bernama &#8220;Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan fakulti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":29294,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-29288","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29288"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29320,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29288\/revisions\/29320"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29294"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}