{"id":27893,"date":"2024-03-19T21:08:53","date_gmt":"2024-03-19T13:08:53","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=27893"},"modified":"2024-03-19T21:08:53","modified_gmt":"2024-03-19T13:08:53","slug":"selepas-langkah-koordinasi-ringgit-berada-pada-kedudukan-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/selepas-langkah-koordinasi-ringgit-berada-pada-kedudukan-pertama\/","title":{"rendered":"Selepas Langkah Koordinasi, Ringgit Berada Pada Kedudukan Pertama"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2209118893\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Ringgit berjaya berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi dilaksanakan pada Februari lepas melibatkan kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) .<\/p>\n<p>Menurut laporan Bernama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata terdapat kesan serta-merta terhadap aliran pasaran dan peningkatan minat pasaran terhadap ringgit.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh berbanding sebelumnya.<\/p>\n<p>Ditanya oleh Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul mengenai strategi dasar jangka pendek untuk menguruskan rintangan ekonomi bagi mendepani kejatuhan nilai ringgit, beliau menjawab.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Antara langkah segera yang telah diambil ialah BNM sentiasa memastikan pasaran pertukaran asing dalam negeri kekal teratur dan mengekalkan kestabilan kewangan.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-27896 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/ringgit-basic_1688880461.jpg\" alt=\"\" width=\"900\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/ringgit-basic_1688880461.jpg 900w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/ringgit-basic_1688880461-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/ringgit-basic_1688880461-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/ringgit-basic_1688880461-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: New Straits Times<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;BNM juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan,&#8221; <\/em>katanya menerusi sesi soal jawan di Dewan Negara kelmarin.<\/h5>\n<p>Selain langkah-langkah bersama BNM, Amir turut memberitahu kerajaan juga turut menumpukan kepada usaha pembaharuan ekonomi yang secara tidak langsung akan mengukuhkan prestasi ekonomi dan mata wang ringgit.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kerajaan telah memperkenalkan kerangka Ekonomi MADANI, dengan tonggak utama adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi supaya muncul sebagai peneraju Asia.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ekonomi MADANI menumpukan usaha memastikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing,&#8221; tambahnya lagi.<\/em><\/h5>\n<p>Dalam menangani isu nilai ringgit, katanya semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dan rakyat Malaysia diharap mengamalkan sikap &#8216;Malaysia First&#8217; sebagai pengguna harian.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/ekonomi\/news.php?id=2280496\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit berjaya berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi dilaksanakan pada Februari lepas melibatkan kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) . Menurut laporan Bernama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata terdapat kesan serta-merta terhadap aliran pasaran dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":27897,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1238],"tags":[],"class_list":["post-27893","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27893"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27893\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27901,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27893\/revisions\/27901"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27897"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}