{"id":26326,"date":"2024-02-29T23:24:50","date_gmt":"2024-02-29T15:24:50","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=26326"},"modified":"2024-02-29T23:24:50","modified_gmt":"2024-02-29T15:24:50","slug":"rtg-singkirkan-pandelela-rinong-dhabitah-tetap-ikuti-program-podium","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/rtg-singkirkan-pandelela-rinong-dhabitah-tetap-ikuti-program-podium\/","title":{"rendered":"RTG Singkirkan Pandelela Rinong &#038; Dhabitah, Tetap Ikuti Program Podium"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1564477431\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri disingkirkan daripada program Road to Gold (RTG).<\/p>\n<p>Ia susulan kegagalan dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada bulan lalu.<\/p>\n<p>Perkara itu dimaklumkan oleh Penyelaras Jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam dalam satu sidang media hari ini selepas jawatankuasa tersebut selepas bermesyuarat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Stuart berkata, kedua-dua atlet berkenaan sudah melakukan yang terbaik untuk membanggakan negara sepanjang tahun, malangnya mereka tidak berjaya mara ke Sukan Olimpik Paris 2024.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tetapan kriteria program RTG yang jelas, jawatankuasa membuat keputusan untuk mengeluarkan Pandelela dan Nur Dhabitah daripada program RTG.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagaimanapun, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan mereka dan Program Podium akan bekerjasama rapat dengan atlet dan persatuan untuk memastikan Pandelela dan Nur Dhabitah menerima semua sokongan untuk mereka menemui semula rentak yang diharapkan sebelum dipertimbangkan semula untuk dimasukkan ke dalam program pada masa hadapan,&#8221; kata Stuart.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-26328\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/SIDANG_MEDIA_ROAD_TO_GvOLD_1709208907.webp\" alt=\"Pandelela  Dhabitah\" width=\"801\" height=\"527\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/SIDANG_MEDIA_ROAD_TO_GvOLD_1709208907.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/SIDANG_MEDIA_ROAD_TO_GvOLD_1709208907-300x198.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/SIDANG_MEDIA_ROAD_TO_GvOLD_1709208907-768x506.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/SIDANG_MEDIA_ROAD_TO_GvOLD_1709208907-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Menurut Stuart, dengan penyingkiran kedua-dua atlet berkenaan daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG akan menjadi pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua penerjun kebangsaan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDengan penyingkiran atlet ini daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG seperti platform latihan gim kering baharu (5m), pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu yang diluluskan FINA (akan tiba tidak lama lagi) akan menjadi pelaburan jangka panjang untuk manfaat kepada semua penerjun kebangsaan,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-26329\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2556530.jpeg\" alt=\"Pandelela  Dhabitah\" width=\"802\" height=\"537\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2556530.jpeg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2556530-300x201.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2556530-768x515.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2556530-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 802px) 100vw, 802px\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara layak beraksi di Paris disenaraikan dalam RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/sukan\/lain-lain\/2024\/02\/1218175\/pengguguran-pandelela-dhabitah-ikut-kriteria-ditetapkan-rtg\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">BH Online<\/a> (Helmi Talkah)<\/p>\n<div class=\"related-article-inside-body\"><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri disingkirkan daripada program Road to Gold (RTG). Ia susulan kegagalan dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada bulan lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Penyelaras Jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam dalam satu sidang media hari ini selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":26327,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1234],"tags":[],"class_list":["post-26326","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26326","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26326"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26326\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26330,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26326\/revisions\/26330"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26327"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26326"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26326"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}