{"id":26038,"date":"2024-02-24T12:56:38","date_gmt":"2024-02-24T04:56:38","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=26038"},"modified":"2024-02-24T12:56:38","modified_gmt":"2024-02-24T04:56:38","slug":"suami-tiada-di-rumah-wanita-hamil-ditangkap-khalwat-dengan-lelaki-bujang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/suami-tiada-di-rumah-wanita-hamil-ditangkap-khalwat-dengan-lelaki-bujang\/","title":{"rendered":"Suami Tiada Di Rumah, Wanita Hamil Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Bujang"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1209619498\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Seorang wanita hamil lima bulan ditangkap khalwat dengan lelaki bujang ketika suaminya tiada di rumah di kawasan Kulim Hi-Tech, di sini, tengah malam tadi.<\/p>\n<p>Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan itu dicekup berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), kira-kira 12 tengah malam.<\/p>\n<p>Dalam operasi tersebut, wanita berusia 28 tahun terbabit ditemui di dalam rumah tersebut bersama seorang lelaki bujang berusia 29 tahun.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-26041\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.47.15_435d1ffb.jpg\" alt=\"wanita hamil khalwat\" width=\"804\" height=\"362\" \/><\/p>\n<p>Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, berdasarkan maklumat, beliau bersama empat penguat kuasa melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Anwar Sharifudin berkata, pihaknya mengetuk pintu dan memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu kira-kira enam minit kemudian.<\/p>\n<p>Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki di sebuah bilik rumah itu dan didapati mereka bukan suami isteri atau mahram.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia menimbulkan syak berlakunya khalwat di rumah itu dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut,&#8221;katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ibu-tunggal-dicekup-khalwat-dengan-kekasih-siap-bawa-anak-check-in-bersama\/\">Ibu Tunggal Dicekup Khalwat Dengan Kekasih, Siap Bawa Anak \u2018Check-In\u2019 Bersama<\/a><\/p>\n<p>Beliau memaklumkan, wanita berkenaan bekerja di Kulim, manakala suaminya bekerja di Ipoh, Perak dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.<\/p>\n<p>Ujarnya, kesempatan tinggal berjauhan itu diambil oleh wanita terbabit ketika suaminya tiada di rumah untuk membawa lelaki itu tinggal bersamanya.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSoal siasat juga mendapati wanita itu sudah setahun berkenalan dengan lelaki itu yang mana mereka bekerja di syarikat sama di kawasan Kulim Hi-Tech.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cLelaki itu memberi alasan hanya singgah sekejap di rumah wanita terbabit, namun pemeriksaan lanjut mendapati dia tinggal di situ lebih dari sehari berdasarkan penemuan pakaiannya yang banyak di rumah tersebut.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-26041\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.47.15_435d1ffb-e1708750533630.jpg\" alt=\"wanita hamil khalwat\" width=\"801\" height=\"646\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.47.15_435d1ffb-e1708750533630.jpg 580w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.47.15_435d1ffb-e1708750533630-300x242.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.47.15_435d1ffb-e1708750533630-15x12.jpg 15w\" sizes=\"auto, (max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Pasangan itu ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan dan tangkapan serta diambil keterangan.<\/p>\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/02\/24\/wanita-hamil-ditangkap-khalwat-dengan-lelaki-bujang\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Kosmo! Online (<\/a>Azahar Hashim)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang wanita hamil lima bulan ditangkap khalwat dengan lelaki bujang ketika suaminya tiada di rumah di kawasan Kulim Hi-Tech, di sini, tengah malam tadi. Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan itu dicekup berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), kira-kira 12 tengah malam. Dalam operasi tersebut, wanita berusia 28 tahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":26040,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-26038","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26038","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26038"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26038\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26042,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26038\/revisions\/26042"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}