{"id":25748,"date":"2024-02-19T16:17:23","date_gmt":"2024-02-19T08:17:23","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=25748"},"modified":"2024-02-19T17:42:32","modified_gmt":"2024-02-19T09:42:32","slug":"mesir-tidak-mahu-terima-pelarian-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mesir-tidak-mahu-terima-pelarian-palestin\/","title":{"rendered":"Mesir Tidak Mahu Terima Pelarian Palestin"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2946458664\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Menteri Luar <strong>Mesir<\/strong>, Sameh Shoukry memaklumkan negaranya <strong>tidak mahu terima pelarian Palestin<\/strong> namun, sentiasa bersedia melayan mereka dengan penuh kemanusiaan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bukan hasrat kami untuk menyediakan kawasan selamat atau kemudahan lain, tetapi jika wujud sebarang keperluan, kita akan tangani dengan perikemanusiaan yang diperlukan,&#8221; katanya pada pemberita di Persidangan Keselamatan Munich, Jerman.<\/em><\/h5>\n<p>Difahamkan, Mesir kini sedang menyediakan kawasan berdekatan sempadan Gaza bagi menempatkan pelarian Palestin jika Israel melakukan serangan Rafah, sekali gus memaksa mereka melintasi sempadan.<\/p>\n<h2>Mesir tidak mahu terima pelarian Palestin<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-25761\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6-300x169.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6-768x432.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6-18x10.jpeg 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-6-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kurangkan-perpecahan-ekonomi-global-apec-tidak-boleh-goyah-tengku-zafrul\/\">Kurangkan Perpecahan Ekonomi Global, APEC Tidak Boleh Goyah \u2013 Tengku Zafrul<\/a><\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, Media Amerika Syarikat (AS) dan badan pemantau hak asasi Mesir mendakwa tembok \u00a0tujuh meter sedang dibina di Semenanjung Sinai bagi menempatkan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang kehilangan tempat tinggal.<\/p>\n<p>Pun begitu, Mesir menafikan khabar angin tersebut dimana sudah lebih empat bulan Israel mahu menghapuskan Hamas malah, sedia melakukan serangan ke atas Rafah yang menjadi tempat perlindungan buat rakyat Palestin.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-25760\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-5.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-5.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-5-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-5-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/shou-5-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>The Wall Street Journal melaporkan, &#8216;kawasan bertembok&#8217; seluas 21 kilometer persegi sedang dalam pembinaan di sebelah sempadan Mesir.<\/p>\n<p>Pembangunan itu dikatakan adalah sebahagian daripada pelan kontingensi jika rundingan gencatan senjata di Kaherah gagal dan ia boleh menampung lebih 100,000 orang.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Shoukry menafikannya dengan berkata semua itu hanya andaian dan menjelaskan mereka sebenarnya hanya menaik taraf infrastruktur di sempadan, yang tiada kaitan dengan pelarian Palestin.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-25763\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-3.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-3.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-3-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-3-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-3-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, Gabenor Sinai Utara, Mohamed Shousha, berkata pembinaan yang dimaksudkan itu adalah projek pihak tentera membina zon logistik bagi menerima penghantaran bantuan untuk Gaza.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tapak itu terletak di atas runtuhan rumah penduduk Mesir yang dirobohkan semasa perang negara itu menentang pemberontak Islam di utara Sinai sedekad lalu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kerja pembinaan sekarang adalah untuk menilai kemusnahan rumah ketika pergolakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi tujuan membayar pampasan sewajarnya kepada pemilik sebelum kawasan itu dibangunkan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia termasuk kawasan meletak trak, gudang, pejabat pentadbiran dan penginapan untuk pemandu,&#8221; katanya.<\/em><\/h5>\n<p>Mesir sudah berulang kali memberi amaran mengenai pencerobohan pelarian Palestin memasuki Sinai jika Israel menyerang Rafah, yang Kaherah tegaskan sama sekali tidak dapat diterima, seperti mana amaran diberi oleh negara Arab lain termasuk Jordan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-25762\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"536\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-1.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-1-300x201.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-1-768x515.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/pela-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berkata, jika itu berlaku ia boleh menjejaskan perjanjian damai yang ditandatangani Mesir dengan Israel pada 1979.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant kelmarin berkata, Israel tidak berniat untuk memindahkan orang awam Palestin ke Mesir kerana menghormati perjanjian damai negara itu dengan Mesir.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.reuters.com\/world\/middle-east\/egypt-says-displacement-is-unacceptable-will-deal-with-civilians-humanely-2024-02-17\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Reuters<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry memaklumkan negaranya tidak mahu terima pelarian Palestin namun, sentiasa bersedia melayan mereka dengan penuh kemanusiaan. &#8220;Bukan hasrat kami untuk menyediakan kawasan selamat atau kemudahan lain, tetapi jika wujud sebarang keperluan, kita akan tangani dengan perikemanusiaan yang diperlukan,&#8221; katanya pada pemberita di Persidangan Keselamatan Munich, Jerman. Difahamkan, Mesir kini sedang menyediakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25764,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1230],"tags":[],"class_list":["post-25748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25748"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25778,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25748\/revisions\/25778"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25764"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}