{"id":25165,"date":"2024-02-09T20:19:13","date_gmt":"2024-02-09T12:19:13","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=25165"},"modified":"2024-02-09T20:19:13","modified_gmt":"2024-02-09T12:19:13","slug":"kerajaan-tak-masuk-campur-kanun-jenayah-syariah-kelantan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kerajaan-tak-masuk-campur-kanun-jenayah-syariah-kelantan-anwar\/","title":{"rendered":"Kerajaan Tak Masuk Campur Kanun Jenayah Syariah Kelantan &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-4291923829\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.<\/p>\n<h2>Kerajaan tak masuk campur- Anwar<\/h2>\n<p>Anwar berkata, keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Jelasnya, ia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Katalah (pada persidangan) Dewan (Undangan) Negeri (DUN) bulan depan, Ketua Menteri buat beberapa undang-undang baharu yang bercanggah dengan kuasa Negeri dan kuasa Perlembagaan Persekutuan maka boleh dirujuk dan Mahkamah Persekutuan akan dapati sekiranya bercanggah, akan membatalkan (undang-undang yang dibuat pada sidang DUN),\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-25168\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2532399.jpeg\" alt=\"kerajaan anwar\" width=\"800\" height=\"536\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2532399.jpeg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2532399-300x201.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2532399-768x515.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2532399-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka hari ini.<\/p>\n<h2>Tak perlu main sentimen agama<\/h2>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata, pembangkang bagaimanapun memainkan sentimen agama dalam usaha menonjolkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan beliau menentang Islam.<\/p>\n<p>Sedangkan permohonan peguam Nik Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman difailkan ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201c\u2026 dia tahu (tentang kuasa Persekutuan dan Negeri) tapi dia gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini memang menentang syariah padahal tidak ada kena-mengena dengan kita.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cUndang-Undang Negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, dia cabar di Mahkamah Persekutuan bukan Kabinet, bukan Perdana Menteri dan nak tanya sama ada undang-undang itu ikut, sah dari segi proses atau tidak dan mahkamah memutuskan dari segi bidang kuasa dan proses, tidak betul.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cApa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu Perikatan Nasional, dia tak bantah (ketika permohonan cabaran undang-undang dikemukakan). Ini berlaku pada 2020 dan 2021 (tapi) sekarang dibantah, dijadikan bahan politik,\u201d katanya lagi.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-25170 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/9515867b-anwar-ibrahim-bernamapic-090224-02.webp\" alt=\"kerajaan Anwar\" width=\"805\" height=\"503\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/9515867b-anwar-ibrahim-bernamapic-090224-02.webp 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/9515867b-anwar-ibrahim-bernamapic-090224-02-300x188.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/9515867b-anwar-ibrahim-bernamapic-090224-02-768x480.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/9515867b-anwar-ibrahim-bernamapic-090224-02-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 805px) 100vw, 805px\" \/><\/p>\n<p>Memetik laporan Bernama, Anwar berkata kerajaan ketika ini menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengkaji perkara berkaitan undang-undang syariah di setiap negeri.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDulu tidak ada tindakan di peringkat jawatankuasa kebangsaan untuk mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kuasa tentang hukum syariah, sekarang sudah ada.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cApa peranan dia? Untuk memutuskan peranan Mahkamah Syariah dalam negara ini. Jadi saudara-saudara, isunya apa? Isunya ialah bidang kuasa Negeri dan bidang kuasa Persekutuan. Isu yang dimainkan oleh pembangkang ialah kita menentang syariah,\u201dujar Anwar Ibrahim.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-25172\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1707462135.jpeg\" alt=\"kerajaan anwar\" width=\"801\" height=\"535\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1707462135.jpeg 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1707462135-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1707462135-768x513.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DATUK_SERI_ANWAR_IBRAHIM_1707462135-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/saya-balik-kelantan-tidak-kena-kecaman-pun-semua-sokong-nik-elin\/\">\u201cSaya Balik Kelantan Tidak Kena Kecaman Pun, Semua Sokong..\u201d- Nik Elin<\/a><\/p>\n<p>Hari ini, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah negeri dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.<\/p>\n<p><span class=\"s1\">Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.<\/span><\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan, petisyen yang dikemukakan oleh seorang peguam dan anaknya tiada kena mengena dengan isu kesucian agama Islam atau kedudukan mahkamah syariah di negara ini.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-25173 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/427421088_917602876420510_4300781864562056792_n.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"980\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/427421088_917602876420510_4300781864562056792_n.jpeg 784w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/427421088_917602876420510_4300781864562056792_n-245x300.jpeg 245w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/427421088_917602876420510_4300781864562056792_n-768x940.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/427421088_917602876420510_4300781864562056792_n-10x12.jpeg 10w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/695806\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysiakini<\/a> (Bernama)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019. Kerajaan tak masuk campur- Anwar Anwar berkata, keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya, ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":25167,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-25165","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25165","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25165"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25165\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25174,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25165\/revisions\/25174"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25167"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}