{"id":25119,"date":"2024-02-09T15:20:05","date_gmt":"2024-02-09T07:20:05","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=25119"},"modified":"2024-02-09T15:20:05","modified_gmt":"2024-02-09T07:20:05","slug":"hari-ini-jumaat-yang-hitam-buat-undang-undang-syariah-takiyuddin-hassan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/hari-ini-jumaat-yang-hitam-buat-undang-undang-syariah-takiyuddin-hassan\/","title":{"rendered":"Hari Ini Jumaat Yang Hitam Buat Undang-Undang Syariah &#8211; Takiyuddin Hassan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-729407978\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Setiausaha Agung PAS, <strong>Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan<\/strong> mengisytiharkan 16 kesalahan syariah terbatal hari ini sebagai<strong> Jumaat yang hitam buat undang-undang syariah.<\/strong><\/p>\n<p>Memetik laporan Berita Harian, kesalahan syariah yang dibatalkan oleh mahkamah yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 telah melakar sejarah hitam\u00a0 bagi umat Islam di negara ini.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-25120 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/berita-harian-2.webp\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"581\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/berita-harian-2.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/berita-harian-2-300x182.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/berita-harian-2-768x465.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/berita-harian-2-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<p>Takiyuddin berkata keputusan yang diambil mahkamah itu bakal memberi kesan buruk kepada undang-undang syariah di 14 negeri lain.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita amat sedih, ini adalah Black Friday, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam. Saya sebagai peguam tahu apabila satu undang-undang jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.<\/p>\n<p>Panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mut telah mencapai keputusan penghakiman 8-1.<\/p>\n<p>Panel penghakiman membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Zurian Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.<\/p>\n<h2>Jumaat yang hitam buat undang-undang syariah<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-25129 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"778\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro-300x195.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro-1024x664.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro-768x498.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/harian-metro-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Harian Metro<\/em><\/p>\n<p>Tengku Maimun dalam panel penghakiman berkata mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kenderaan-menteri-ekori-ambulans-mod-kecemasan-nga-kor-ming-sedia-beri-kerjasama\/\">Kenderaan Menteri Ekori Ambulans Mod Kecemasan, Nga Kor Ming Sedia Beri Kerjasama<\/a><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Takiyuddin berkata keputusaan berkenaan bukan perkara kecil kerana ia adalah untuk mempertahankan undang-undang syariah secara langsung mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.<\/p>\n<p>Menurutnya, institusi Raja-Raja Melayu menjadi ketua kepada agama Islam di negeri dengan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Katakanlah di Negeri Sembilan atau di Melaka, individu dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kemudian kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan diberitahu di Kelantan, enakmen itu sudah dibatalkan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Maka kes akan dibatalkan dan tak ada orang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Jadi ini amat serius,&#8221; <\/em>jelasnya.<\/h5>\n<p>Sementara itu, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa ramai Ahli Parlimen sudah mengemukakan soalan bagi mendapatkan jawapan berhubung isu itu pada sesi Dewan Rakyat tidak lama lagi.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita tahu bahawa di peringkat Persekutuan ini, ada satu jawatankuasa dipanggil Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia\u00a0 (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jadi, kita juga akan bertanya di Parlimen, apa hasil daripada jawatankuasa MKI, apa yang sudah di buat untuk lindungi kedudukan undang-undang syariah di negara ini,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2024\/02\/1210479\/ini-adalah-black-friday-jumaat-hitam-kepada-undang-undang-syariah\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Berita Harian<\/a> (Mohd Iskandar Ibrahim)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah terbatal hari ini sebagai Jumaat yang hitam buat undang-undang syariah. Memetik laporan Berita Harian, kesalahan syariah yang dibatalkan oleh mahkamah yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 telah melakar sejarah hitam\u00a0 bagi umat Islam di negara ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":25128,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-25119","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25119","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25119"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25119\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25133,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25119\/revisions\/25133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25119"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25119"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25119"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}