{"id":24664,"date":"2024-02-02T23:33:00","date_gmt":"2024-02-02T15:33:00","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=24664"},"modified":"2024-02-02T23:33:00","modified_gmt":"2024-02-02T15:33:00","slug":"najib-razak-boleh-merayu-kepada-agong-baharu-jika-tidak-berpuas-hati-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/najib-razak-boleh-merayu-kepada-agong-baharu-jika-tidak-berpuas-hati-anwar\/","title":{"rendered":"Najib Razak Boleh Merayu Kepada Agong Baharu Jika Tidak Berpuas Hati &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-294437539\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Datuk Seri Najib Razak boleh merayu kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau menghormati keputusan Agong sebelum ini iaitu AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.<\/p>\n<p>Katanya lagi, proses pengampunan itu adalah di luar hak prerogratif perdana menteri dan kerajaan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya menghormati keputusan Agong sebelum ini. Sekarang, kita ada Agong yang baru. Apa pun yang dirasakan seseorang itu, sudah tentu ia bersifat politik&#8230; ada yang menyokong, ada yang tidak.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tetapi, mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa anda mesti menghormati hak setiap orang yang disabitkan kesalahan untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan,&#8221;kata beliau dalam satu wawancara dengan Al Jazeera malam ini.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-24671 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/Screenshot-2024-02-02-at-11.13.25-PM.png\" alt=\"\" width=\"801\" height=\"454\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/Screenshot-2024-02-02-at-11.13.25-PM.png 822w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/Screenshot-2024-02-02-at-11.13.25-PM-300x170.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/Screenshot-2024-02-02-at-11.13.25-PM-768x435.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/Screenshot-2024-02-02-at-11.13.25-PM-18x10.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Jelas Anwar, Lembaga Pengampunan telah pun membuat keputusan dan jika seseorang itu tidak berpuas hati, dia masih mempunyai ruang untuk merayu ke tahap berikutnya.<\/p>\n<p>Ini bermakna, Najib Razak mempunyai peluang untuk merayu ke tahap berikutnya sehingga mendapat keputusan yang memuaskan hati.<\/p>\n<p>Bercakap mengenai keputusan Lembaga Pengampunan, Anwar berkata, semua pertimbangan telah diambil kira sebelum Sultan Abdullah membuat keputusan tersebut.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya pernah duduk dalam Lembaga Pengampunan sebagai menteri yang menjaga Kuala Lumpur, dan kini dipegang oleh orang lain.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tetapi sudah tentu Agong sebagai raja berperlembagaan, berunding dengan Peguam Negara, Perdana Menteri dan ramai lagi. Baginda sudah tentu benteng untuk menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDan semua pertimbangan itu diambil kira dan kemudian Yang di-Pertuan Agong, selepas mendengar daripada lembaga, akhirnya memutuskan untuk mengurangkan hukuman sebanyak 50 peratus yang bermakna (pembebasan) pada 2028,\u201d katanya lagi.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-24674\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762.webp\" alt=\"Najib Razak merayu\" width=\"802\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762.webp 1444w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762-300x199.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762-1024x681.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762-768x511.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/FB_IMG_1706625082762-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 802px) 100vw, 802px\" \/><\/p>\n<p>Untuk pengetahuan, semua negeri di Malaysia mempunyai Lembaga Pengampunan sendiri yang diketuai oleh sultan atau Yang Dipertua Negeri bagi negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Mengikut Perkara 42(5) dan 42(11) Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan terdiri daripada peguam negara, menteri wilayah persekutuan dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Berdasarkan pelantikan yang diumumkan melalui warta persekutuan, terdapat empat nama yang pelantikannya sah ketika pengampunan Najib dipertimbangkan.<\/p>\n<div class=\"medium-insert-images\">\n<p>Ini bermakna sekurang-kurangnya seorang daripada mereka tidak lagi menjadi ahli kerana peletakan jawatan dan faktor lain yang boleh membatalkan pelantikan, yang tidak diumumkan melalui warta.<\/p>\n<p>Pelantikan diraja ini membabitkan Prasad Sandosham Abraham, Paramasivam Arunasalam, Darussalam Budin dan Zaharah Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut bekas peguam negara Tommy Thomas, antara kriteria pengampunan termasuk apabila seseorang banduan telah menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara mereka sebelum membuat permohonan tersebut dan banduan itu tidak boleh mempunyai kes jenayah lain yang belum selesai.<\/p>\n<p>Najib kini dibicarakan atas pertuduhan jenayah lain, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.<\/p>\n<\/div>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-24675 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib.jpeg\" alt=\"\" width=\"803\" height=\"452\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib.jpeg 1480w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib-300x169.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib-768x432.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib-18x10.jpeg 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/2024-02-02t075728z-353875568-rc2sk5av2s4z-rtrmadp-3-malaysia-politics-najib-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 803px) 100vw, 803px\" \/><\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028 selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 diumumkan hari ini.<\/p>\n<p>Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM50,000,000.00 dikurangkan daripada RM210,000,000.00.<\/p>\n<p>Lembaga pengampunan juga mengurangkan denda yang dikenakan terhadap Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta.<\/p>\n<p>Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/videos\/video-terkini-x7sio1\/terkini-temu-bual-khas-pm-anwar-ibrahim-bersama-al-jazeera-x8s12q8\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Astro Awani<\/a> , <a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/695154?utm_source=dlvr.it&amp;utm_medium=facebook\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysiakini<\/a><\/p>\n<div id=\"gpt-instory-ad\">\n<div><\/div>\n<div class=\"flex items-center justify-center relative print:hidden h-full\">\n<div class=\"flex justify-center items-center  bg-white h-full\">\n<div class=\"absolute top-1\/2 left-1\/2 transform -translate-x-1\/2 -translate-y-1\/2 border text-xxs py-1 px-2 bg-coolGray-50 opacity-50\">ADS<\/div>\n<div class=\"relative lg:h-full\">\n<div class=\"adunitContainer\">\n<div id=\"adSlot-7\" class=\"adBox\" data-google-query-id=\"\">\n<div id=\"google_ads_iframe_6929183\/MK-BM\/\/News\/\/InStory_0__container__\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div id=\"gpt-instory-ad\">\n<div><\/div>\n<div class=\"flex items-center justify-center relative print:hidden h-full\">\n<div class=\"flex justify-center items-center  bg-white h-full\">\n<div class=\"absolute top-1\/2 left-1\/2 transform -translate-x-1\/2 -translate-y-1\/2 border text-xxs py-1 px-2 bg-coolGray-50 opacity-50\">ADS<\/div>\n<\/div>\n<div><\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Datuk Seri Najib Razak boleh merayu kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan, hari ini. Anwar berkata, beliau menghormati keputusan Agong sebelum ini iaitu AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Katanya lagi, proses pengampunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":24670,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1232],"tags":[],"class_list":["post-24664","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24664"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24676,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24664\/revisions\/24676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}