{"id":24230,"date":"2024-01-30T09:55:38","date_gmt":"2024-01-30T01:55:38","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=24230"},"modified":"2024-01-30T09:55:38","modified_gmt":"2024-01-30T01:55:38","slug":"al-sultan-abdullah-mengaku-tak-ambil-gaji-sepanjang-lima-tahun-memerintah-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/al-sultan-abdullah-mengaku-tak-ambil-gaji-sepanjang-lima-tahun-memerintah-negara\/","title":{"rendered":"Al-Sultan Abdullah Mengaku Tak Ambil Gaji Sepanjang Lima Tahun Memerintah Negara"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1539663969\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengaku tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.<\/p>\n<p>Selain gaji, Al-Sultan Abdullah juga mendedahkan mengenai detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara yang bukan sahaja sukar akibat pergolakan politik pada ketika itu.<\/p>\n<p>Malah, baginda juga berada dalam keadaan kabur dengan jawatan dan peranan yang perlu disandang sewaktu memasuki Istana Negara pada 31 Januari 2019.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Detik pertama saya masuk Istana Negara memberi pengalaman agak manis apabila diingat semula. Ini kerana saya masuk ke jawatan yang saya sendiri tidak pasti apa peranannya.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ditambah dengan empat Perdana Menteri yang ada sepanjang lima tahun saya menjadi Agong, siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca,&#8221; titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-24235\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n.jpeg\" alt=\"Gaji Al-Sultan Abdullah\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n.jpeg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n-1024x724.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n-768x543.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424642799_814666904026058_6269334664182047949_n-1536x1086.jpeg 1536w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Hari ini, genaplah lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari ini.<\/p>\n<p>Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/sultan-johor-dipilih-sebagai-yang-di-pertuan-agong-ke-17\/\">Sultan Johor Dipilih Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17<\/a><\/p>\n<h2>Al-Sultan Abdullah menulis pengalaman sepanjang lima tahun menjadi Agong<\/h2>\n<p>Kongsi baginda, baginda menghadiri 157 kali mesyuarat pra-Kabinet hampir satu jam yang ditukarkan pada setiap Selasa berbanding Rabu sebelum ini sepanjang menjadi Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Baginda juga akan membaca kertas Kabinet pada sehari sebelum perjumpaan bersama Perdana Menteri bagi membolehkannya mengetahui isu dibincangkan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya akan bertanya mana-mana kertas Kabinet yang saya perlu tahu dan jika tidak bersetuju, saya nyatakan pandangan itu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Alhamdulillah, segala pandangan dan nasihat saya diterima dan begitu juga sebaliknya. Kita ada kerjasama dua hala dan teguran saya kepada Perdana Menteri juga dimaklumkan kepada Kabinet.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Hubungan baik ini perlu diteruskan kerana segala tadbir urus negara boleh diselesai menerusi mesyuarah antara Yang di-Pertuan Agong dengan Perdana Menteri. Ada juga sesi dengan menteri dan jika ada isu dibangkitkan, ia juga diselesai secara berhemah.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-24236\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/c823c91b4dfad668e4994fb70340be9765b84d42cbb34.jpg\" alt=\"Gaji Al-Sultan Abdullah\" width=\"802\" height=\"501\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/c823c91b4dfad668e4994fb70340be9765b84d42cbb34.jpg 1110w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/c823c91b4dfad668e4994fb70340be9765b84d42cbb34-300x188.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/c823c91b4dfad668e4994fb70340be9765b84d42cbb34-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/c823c91b4dfad668e4994fb70340be9765b84d42cbb34-768x480.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 802px) 100vw, 802px\" \/><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya suka menulis dan sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya mencatat segala maklumat dan teguran penting kepada kerajaan, setakat ini sudah ada tujuh buku catatan itu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya suka membaca dan mendalami urus tadbir negara, ia sesuatu yang menarik. Ini kerana ketika di Pahang, saya menjadi Tengku Mahkota selama 16 tahun dan 15 hari sebagai Sultan Pahang, ini semua tak pernah saya lalui.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Buku yang saya tulis ini juga boleh dirujuk semula ketika bersama keluarga apabila tua nanti, sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi dengan anak-anak apa peranan saya ketika menjadi Agong.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ada rakan mencadangkan saya menulis memoir tetapi bukan sekarang. Saya juga ada mempelawa satu universiti jika mahu membuat kajian kes, saya sedia berkongsi pengalaman mengenai apa yang dilalui sepanjang menjadi Agong,&#8221; titah baginda.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-24237 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n.jpeg\" alt=\"Gaji Al-Sultan Abdullah\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n.jpeg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n-1024x724.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n-768x543.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/424563960_814666950692720_9130773699079132457_n-1536x1086.jpeg 1536w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Al-Sultan Abdullah bertitah, pada Artikel 40 (1), Yang di-Pertuan Agong bukan saja mendengar nasihat daripada Perdana Menteri, tetapi juga boleh mendapatkan mana-mana maklumat berkaitan urus tadbir negara daripada pihak lain.<\/p>\n<p>Ini membuktikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sangat luas walaupun tiada kuasa eksekutif, namun cukup untuk melunaskan urusan tadbir negara dalam konteks yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Agong juga berperanan sebagai panglima tertinggi tentera, namun peranan itu mungkin boleh diperkukuhkan lagi, bukan setakat ambil tabik saja.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Polis baru-baru ini ada cadangan menjadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua kehormat yang akan dibincang dalam Parlimen pada masa terdekat. Ini formaliti saja supaya Agong boleh memakai seragam polis dan ini sesuai dengan perkataan diraja pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu,&#8221; titah baginda.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Baginda sering merujuk sesuatu isu kepada Majlis Raja-Raja (MRR) sebelum keputusan dibuat mengenainya dan ia dilakukan bagi menghormati pelantikan baginda ke jawatan itu dibuat oleh majlis berkenaan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya sedar lantikan saya dibuat dengan perkenan MRR dan saya bertindak juga bagi mewakili MRR. Apa yang saya buat ialah saya bermesyuarah dan berbincang yang akhirnya saya sendiri akan membuat keputusan mengenainya.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Contohnya, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi perkara itu saya bincang dengan MRR, saya dengar pandangan dan maklumkan keputusan siapa yang akan dilantik,&#8221; titah baginda lagi.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<blockquote class=\"instagram-media\" data-instgrm-captioned data-instgrm-permalink=\"https:\/\/www.instagram.com\/reel\/C2r6QznPD1T\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" data-instgrm-version=\"14\" style=\" background:#FFF; border:0; border-radius:3px; box-shadow:0 0 1px 0 rgba(0,0,0,0.5),0 1px 10px 0 rgba(0,0,0,0.15); margin: 1px; max-width:658px; min-width:326px; padding:0; width:99.375%; width:-webkit-calc(100% - 2px); width:calc(100% - 2px);\">\n<div style=\"padding:16px;\"> <a href=\"https:\/\/www.instagram.com\/reel\/C2r6QznPD1T\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" style=\" background:#FFFFFF; line-height:0; padding:0 0; text-align:center; text-decoration:none; width:100%;\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"> <\/p>\n<div style=\" display: flex; flex-direction: row; align-items: center;\">\n<div style=\"background-color: #F4F4F4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 40px; margin-right: 14px; width: 40px;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center;\">\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 100px;\"><\/div>\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 60px;\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 19% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display:block; height:50px; margin:0 auto 12px; width:50px;\"><svg width=\"50px\" height=\"50px\" viewbox=\"0 0 60 60\" version=\"1.1\" xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" xmlns:xlink=\"https:\/\/www.w3.org\/1999\/xlink\"><g stroke=\"none\" stroke-width=\"1\" fill=\"none\" fill-rule=\"evenodd\"><g transform=\"translate(-511.000000, -20.000000)\" fill=\"#000000\"><g><path d=\"M556.869,30.41 C554.814,30.41 553.148,32.076 553.148,34.131 C553.148,36.186 554.814,37.852 556.869,37.852 C558.924,37.852 560.59,36.186 560.59,34.131 C560.59,32.076 558.924,30.41 556.869,30.41 M541,60.657 C535.114,60.657 530.342,55.887 530.342,50 C530.342,44.114 535.114,39.342 541,39.342 C546.887,39.342 551.658,44.114 551.658,50 C551.658,55.887 546.887,60.657 541,60.657 M541,33.886 C532.1,33.886 524.886,41.1 524.886,50 C524.886,58.899 532.1,66.113 541,66.113 C549.9,66.113 557.115,58.899 557.115,50 C557.115,41.1 549.9,33.886 541,33.886 M565.378,62.101 C565.244,65.022 564.756,66.606 564.346,67.663 C563.803,69.06 563.154,70.057 562.106,71.106 C561.058,72.155 560.06,72.803 558.662,73.347 C557.607,73.757 556.021,74.244 553.102,74.378 C549.944,74.521 548.997,74.552 541,74.552 C533.003,74.552 532.056,74.521 528.898,74.378 C525.979,74.244 524.393,73.757 523.338,73.347 C521.94,72.803 520.942,72.155 519.894,71.106 C518.846,70.057 518.197,69.06 517.654,67.663 C517.244,66.606 516.755,65.022 516.623,62.101 C516.479,58.943 516.448,57.996 516.448,50 C516.448,42.003 516.479,41.056 516.623,37.899 C516.755,34.978 517.244,33.391 517.654,32.338 C518.197,30.938 518.846,29.942 519.894,28.894 C520.942,27.846 521.94,27.196 523.338,26.654 C524.393,26.244 525.979,25.756 528.898,25.623 C532.057,25.479 533.004,25.448 541,25.448 C548.997,25.448 549.943,25.479 553.102,25.623 C556.021,25.756 557.607,26.244 558.662,26.654 C560.06,27.196 561.058,27.846 562.106,28.894 C563.154,29.942 563.803,30.938 564.346,32.338 C564.756,33.391 565.244,34.978 565.378,37.899 C565.522,41.056 565.552,42.003 565.552,50 C565.552,57.996 565.522,58.943 565.378,62.101 M570.82,37.631 C570.674,34.438 570.167,32.258 569.425,30.349 C568.659,28.377 567.633,26.702 565.965,25.035 C564.297,23.368 562.623,22.342 560.652,21.575 C558.743,20.834 556.562,20.326 553.369,20.18 C550.169,20.033 549.148,20 541,20 C532.853,20 531.831,20.033 528.631,20.18 C525.438,20.326 523.257,20.834 521.349,21.575 C519.376,22.342 517.703,23.368 516.035,25.035 C514.368,26.702 513.342,28.377 512.574,30.349 C511.834,32.258 511.326,34.438 511.181,37.631 C511.035,40.831 511,41.851 511,50 C511,58.147 511.035,59.17 511.181,62.369 C511.326,65.562 511.834,67.743 512.574,69.651 C513.342,71.625 514.368,73.296 516.035,74.965 C517.703,76.634 519.376,77.658 521.349,78.425 C523.257,79.167 525.438,79.673 528.631,79.82 C531.831,79.965 532.853,80.001 541,80.001 C549.148,80.001 550.169,79.965 553.369,79.82 C556.562,79.673 558.743,79.167 560.652,78.425 C562.623,77.658 564.297,76.634 565.965,74.965 C567.633,73.296 568.659,71.625 569.425,69.651 C570.167,67.743 570.674,65.562 570.82,62.369 C570.966,59.17 571,58.147 571,50 C571,41.851 570.966,40.831 570.82,37.631\"><\/path><\/g><\/g><\/g><\/svg><\/div>\n<div style=\"padding-top: 8px;\">\n<div style=\" color:#3897f0; font-family:Arial,sans-serif; font-size:14px; font-style:normal; font-weight:550; line-height:18px;\">View this post on Instagram<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 12.5% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: row; margin-bottom: 14px; align-items: center;\">\n<div>\n<div style=\"background-color: #F4F4F4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(0px) translateY(7px);\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #F4F4F4; height: 12.5px; transform: rotate(-45deg) translateX(3px) translateY(1px); width: 12.5px; flex-grow: 0; margin-right: 14px; margin-left: 2px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #F4F4F4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(9px) translateY(-18px);\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: 8px;\">\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 20px; width: 20px;\"><\/div>\n<div style=\" width: 0; height: 0; border-top: 2px solid transparent; border-left: 6px solid #f4f4f4; border-bottom: 2px solid transparent; transform: translateX(16px) translateY(-4px) rotate(30deg)\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: auto;\">\n<div style=\" width: 0px; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-right: 8px solid transparent; transform: translateY(16px);\"><\/div>\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; flex-grow: 0; height: 12px; width: 16px; transform: translateY(-4px);\"><\/div>\n<div style=\" width: 0; height: 0; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-left: 8px solid transparent; transform: translateY(-4px) translateX(8px);\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center; margin-bottom: 24px;\">\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 224px;\"><\/div>\n<div style=\" background-color: #F4F4F4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 144px;\"><\/div>\n<\/div>\n<p><\/a><\/p>\n<p style=\" color:#c9c8cd; font-family:Arial,sans-serif; font-size:14px; line-height:17px; margin-bottom:0; margin-top:8px; overflow:hidden; padding:8px 0 7px; text-align:center; text-overflow:ellipsis; white-space:nowrap;\"><a href=\"https:\/\/www.instagram.com\/reel\/C2r6QznPD1T\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" style=\" color:#c9c8cd; font-family:Arial,sans-serif; font-size:14px; font-style:normal; font-weight:normal; line-height:17px; text-decoration:none;\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/blockquote>\n<p><script async src=\"\/\/platform.instagram.com\/en_US\/embeds.js\"><\/script><\/p>\n<h2>Al-Sultan Abdullah gembira pulang ke Pahang, santuni rakyat<\/h2>\n<p>Sementara itu, baginda gembira untuk pulang ke Pahang dan menyantuni rakyat selain turut mengakui peranan terbabit berbeza ketika memimpin negara.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya suka berjumpa dan membantu rakyat kerana ia memberi semangat kepada saya. Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di Pahang nanti sebab saya hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari saja sebelum ini.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kini rakyat menantikan saya sebagai sultan, jadi saya dan isteri, akan melawat setiap daerah untuk bertemu rakyat dan membantu mereka yang miskin.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagi saya, mungkin saya bukan raja Malaysia lagi selepas ini, tetapi saya tetap akan jadi raja di hati anda semua selamanya,&#8221; titah baginda.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-24242 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-scaled.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"532\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-scaled.jpeg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-1024x681.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-1536x1022.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FND_0256-2048x1363.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/utama\/2024\/01\/1055625\/lima-tahun-tak-ambil-gaji\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Sariha Mohd Ali)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengaku tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara. Selain gaji, Al-Sultan Abdullah juga mendedahkan mengenai detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara yang bukan sahaja sukar akibat pergolakan politik pada ketika itu. Malah, baginda juga berada dalam keadaan kabur dengan jawatan dan peranan yang perlu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":24233,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-24230","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24230","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24230"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24230\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24243,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24230\/revisions\/24243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24230"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24230"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24230"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}