{"id":23390,"date":"2024-01-17T19:06:02","date_gmt":"2024-01-17T11:06:02","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=23390"},"modified":"2024-01-17T19:06:02","modified_gmt":"2024-01-17T11:06:02","slug":"kpdn-pantau-aktiviti-scam-jual-beli-minyak-masak-di-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kpdn-pantau-aktiviti-scam-jual-beli-minyak-masak-di-media-sosial\/","title":{"rendered":"KPDN Pantau Aktiviti Scam Jual Beli Minyak Masak Di Media Sosial"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2922836892\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"p1\">Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak kebelakangan ini kerap menerima aduan daripada pengguna berkaitan sindiket penipuan dalam talian (<i>scam<\/i>) yang menawarkan minyak masak paket.<\/p>\n<p class=\"p1\">Penjualan dilakukan samada melalui laman sosial atau tapak pasar dalam talian bertujuan memperdaya mangsa untuk mendapatkan bekalan dan turut dikesan menawarkan dengan harga yang lebih murah.<\/p>\n<p>Susulan daripada itu, pihak KPDN telah menumpukan usaha yang berterusan untuk memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian serta menubuhkan unit khas di Bahagian Penguat Kuasa bagi tugasan pemantauan aktiviti tersebut.<\/p>\n<h2>Guna media sosial laksana modus operandi perdaya mangsa<\/h2>\n<p>Difahamkan,\u00a0 modus operandi aktiviti <i>scam<\/i>\u00a0 berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa menggunakan laman media sosial atau pasar dalam talian.<\/p>\n<p class=\"p1\">Sindiket terbabit dikesan menawarkan minyak masak untuk dijual dan terdapat iklan umpanan dengan menawarkan dengan harga yang jauh lebih murah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-23393\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Harga-Minyak-Masak-Malaysia-Terkini.webp\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"383\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Harga-Minyak-Masak-Malaysia-Terkini.webp 624w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/Harga-Minyak-Masak-Malaysia-Terkini-300x144.webp 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Sekadar gambar hiasan<\/em><\/p>\n<p class=\"p1\">Pada tahun 2024, 1 tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 hasil tindakan proaktif yang dilaksanakan telah diambil pada 9 Januari 2024 kerana berurusniaga barang kawalan tanpa lesen yang sah.<\/p>\n<p class=\"p1\">Hal tersebut berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 4 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2023 yang mana sebanyak 62 pemeriksaan fizikal telah dilakukan di seluruh negara manakala sebanyak sebelas 11 aduan yang berkaitan telah diterima dalam tempoh yang sama.<\/p>\n<h2>Tindakan berat dikenakan terhadap kesalahan tersebut<\/h2>\n<p class=\"p1\">Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] telah diambil dan disiasat ke atas pihak yang terlibat yang melakukan kesalahan berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian.<\/p>\n<p class=\"p1\">Antara kesalahan yang dilakukan adalah berurusniaga barang kawalan berjadual iaitu minyak masak tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak di tempat yang tidak dilesenkan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-23392\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/MINYAK_MASAK_1672735599.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/MINYAK_MASAK_1672735599.jpg 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/MINYAK_MASAK_1672735599-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/MINYAK_MASAK_1672735599-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2>KPDN turunkan iklan berkaitan penjualan barang kawalan<\/h2>\n<p>Disebabkan itu, KPDN telah bekerjasama dengan pengendali tapak pasar secara dalam talian dalam negara bagi memastikan aktiviti <i>scammer<\/i> serta penyelewengan minyak masak yang dilakukan secara dalam talian ini dapat diatasi dengan lebih berkesan.<\/p>\n<p>Hasil daripada kerjasama terbabit,\u00a0 sebanyak 198 iklan berkaitan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak secara dalam talian telah dinyahturun (<i>content removal<\/i>) dalam tempoh yang sama.<\/p>\n<h2>Beri amaran keras terhadap mereka yang berurusan<\/h2>\n<p>Sehubungan dengan itu, pihak KPDN memberi amaran keras kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak masak agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan.<\/p>\n<p>Kementerian juga dengan tegas memberitahu bahawa tidak akan ada kompromi buat mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewenangan barang kawalan dan subsidi termasukah yang dijual secara atas talian.<\/p>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pengguna juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam melihat tawaran iklan pembelian minyak masak paket murah yang dipaparkan kerana keadaan ini memberikan kelebihan kepada scammer untuk memperdaya mangsa-mangsa mereka. <\/em><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><em>Tindakan pantas sekiranya masyarakat pengguna mengesan aktiviti sebegini adalah dengan menyalurkan pertanyaan dan aduan kepada KPDN&#8221;<\/em> ujar mereka.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-23394\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/minyak-masak-1.webp\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"534\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/minyak-masak-1.webp 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/minyak-masak-1-300x200.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/minyak-masak-1-1024x684.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/minyak-masak-1-768x513.webp 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2>Jutaan ringgit denda kepada yang bersalah<\/h2>\n<p>Mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan\u00a0di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00.<\/p>\n<p>Bagi kesalahan berikutnya, denda akan dikenakan tidak melebihi RM3,000,000.00\u00a0 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Manakala bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00\u00a0 dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-23391\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-300x225.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-768x576.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FW1244973_PTJ15_30062022_MINYAK-2048x1536.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p class=\"p1\">Syarikat berkekaan juga boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan PengubahanWang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak masak.<\/p>\n<p class=\"p1\">Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini, pihak tersebut boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5,000,000.00 yang mana yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>Oleh sebab itu, pihak KPDN meminta agar kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran berikut:<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">i. <\/span>Whatsapp ke 019- 279 8000;<\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s2\">ii. <\/span><span class=\"s3\">Portal e-Aduan <\/span>http:\/\/eaduan.kpdn.gov.my<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">iii. <\/span>Call Centre 1-800-886-800, dan;<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">iv. <\/span>Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak kebelakangan ini kerap menerima aduan daripada pengguna berkaitan sindiket penipuan dalam talian (scam) yang menawarkan minyak masak paket. Penjualan dilakukan samada melalui laman sosial atau tapak pasar dalam talian bertujuan memperdaya mangsa untuk mendapatkan bekalan dan turut dikesan menawarkan dengan harga yang lebih murah. Susulan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":23395,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-23390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23390"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23396,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23390\/revisions\/23396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}