{"id":22574,"date":"2024-01-10T16:30:45","date_gmt":"2024-01-10T08:30:45","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=22574"},"modified":"2024-01-10T16:30:45","modified_gmt":"2024-01-10T08:30:45","slug":"galakkan-pelancongan-domestik-rangsang-pemulihan-ekonomi-penggiat-industri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/galakkan-pelancongan-domestik-rangsang-pemulihan-ekonomi-penggiat-industri\/","title":{"rendered":"Galakkan Pelancongan Domestik, Rangsang Pemulihan Ekonomi &#8211; Penggiat Industri"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-222881032\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Rakyat Malaysia perlu digalakkan melancong di dalam negara kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga sebagai usaha <strong>rangsang\u00a0pemulihan ekonomi<\/strong> negara selain\u00a0 dapat mempromosikan tempat pelancongan kepada warga tempatan.<\/p>\n<p>Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) (Chapter\u00a0 Perak)\u00a0 Law Weng Sum berkata pihaknya sendiri giat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai satu daripada usaha mempromosikan pelancongan domestik.<\/p>\n<h2>Rangsang pemulihan ekonomi<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-22581\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-4.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-4.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-4-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-4-768x512.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/dosm-jangka-ekonomi-malaysia-tumbuh-perlahan-dalam-tempoh-terdekat\/\">DOSM Jangka Ekonomi Malaysia Tumbuh Perlahan Dalam Tempoh Terdekat<\/a><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Selain tempat pelancongan, pengisian program kami termasuk jejak makanan di seluruh negeri. Kami juga mencadangkan untuk menubuhkan kumpulan pelancongan yang memberi tumpuan khusus kepada mencari pelbagai jenis makanan yang ditawarkan di negara ini.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> &#8220;Selain mempromosikan kedai makan tempatan, inisiatif ini juga dapat menarik pelancong dari negara Asia seperti China, Taiwan dan Hong Kong yang kebanyakannya penggemar makanan dan mempunyai cita rasa tinggi,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. <\/em><\/h5>\n<p>Dalam pada itu, Law turut meminta kerajaan agar menetapkan harga siling sementara bagi tiket penerbangan domestik untuk mengelakkan ia melambung tinggi semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-22580\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-3.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"542\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-3.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-3-300x203.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-3-768x520.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Sebaliknya, kerajaan boleh memberi sebahagian subsidi pada harga tiket dan orang ramai tidak perlu membayar dengan harga yang mahal, sekali gus menggalakkan mereka untuk melancong di dalam negeri yang seterusnya memberi kelebihan kepada ekonomi,&#8221; katanya. <\/em><\/h5>\n<p>Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF)\u00a0 Dr Sri Ganesh Michiel berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mempromosikan hotel bajet tempatan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan kadar\u00a0rendah untuk rakyat tempatan, manakala pakej mewah termasuk hotel empat atau lima bintang kepada pelancong antarabangsa.<\/p>\n<p>Sri Ganesh yang juga Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berkata mengambil contoh Thailand, sektor pelancongan di negara itu berkembang pesat dan antara sebabnya ialah promosi besar-besaran oleh\u00a0kerajaan terhadap hotel bajet yang menawarkan reka bentuk dan kemudahan hampir sama seperti hotel lima bintang, cuma jauh lebih murah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-22579\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-2.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"548\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-2.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-2-300x206.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-2-768x526.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Individu hanya perlu membayar purata kurang\u00a03,020 baht satu malam (bersamaan dengan kira-kira RM400), amat rendah daripada kadar hotel lima bintang yang mampu mencecah ribuan (ringgit) semalam. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Dalam konteks Malaysia, mungkin pelbagai agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membantu dari segi mempromosikan pakej pelancongan kadar rendah yang memainkan peranan sama penting bagi memastikan kelangsungan sektor pelancongan domestik,&#8221; katanya.<\/em><\/h5>\n<p>Sri Ganesh berkata Malaysia juga perlu menangani ancaman sedia ada terhadap industri hotel bajet termasuk penginapan berkonsepkan sewaan jangka pendek seperti Airbnb dan agensi pelancongan dalam talian (OTA), sebagai contoh Agoda dan Traveloka.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-22578\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-1.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/dome-1-768x512.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Beliau berkata platform sedemikian tidak dikawal kerana ketiadaan undang-undang berkaitan, menyebabkan ia terdedah kepada penyenaraian hartanah tanpa berlesen oleh pihak ketiga untuk dilihat orang ramai, yang akan memberi kesan negatif kepada industri pelancongan secara keseluruhan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Mereka boleh menjual premis haram, boleh buat apa sahaja (tanpa mengetahui batasan undang-undang). Sebagai contoh, mereka menjual apartmen yang dilesenkan untuk penginapan sewaan yang sebenarnya isu serius tetapi tidak diketahui kerana orang yang melihat senarai itu dalam OTA akan berpuas hati dengan melihat tawaran harga rendah\u00a0tanpa memikirkan risiko yang timbul disebabkan ketiadaan undang-undang,&#8221; katanya. <\/em><\/h5>\n<p>Sebarang undang-undang yang digubal berkaitan isu itu katanya, harus meliputi tiga aspek iaitu kadar komisen ditawarkan oleh OTA masing-masing, larangan penyenaraian apartmen tanpa lesen dan wakil oleh orang tempatan yang bertanggungjawab bagi sesebuah negara seperti peguam bertujuan mengendalikan aspek undang-undang.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/ekonomi\/news.php?id=2261079\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia perlu digalakkan melancong di dalam negara kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga sebagai usaha rangsang\u00a0pemulihan ekonomi negara selain\u00a0 dapat mempromosikan tempat pelancongan kepada warga tempatan. Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) (Chapter\u00a0 Perak)\u00a0 Law Weng Sum berkata pihaknya sendiri giat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk merangka rancangan Tahun Melawat Perak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22582,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1238],"tags":[],"class_list":["post-22574","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22574"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22574\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22583,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22574\/revisions\/22583"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}