{"id":22216,"date":"2024-01-07T11:51:20","date_gmt":"2024-01-07T03:51:20","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=22216"},"modified":"2024-01-07T11:51:20","modified_gmt":"2024-01-07T03:51:20","slug":"pesakit-meninggal-dunia-dalam-ambulans-laluan-dihalang-pemandu-perodua-kembara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pesakit-meninggal-dunia-dalam-ambulans-laluan-dihalang-pemandu-perodua-kembara\/","title":{"rendered":"Pesakit Meninggal Dunia Dalam Ambulans, Laluan Dihalang Pemandu Perodua Kembara"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-496732474\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu apabila laluan ambulans dihalang di Sri Aman, Sarawak pada Jumaat.<\/p>\n<p>Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Maggie berkata, pemandu Perodua Kembara sudah dikenakan tindakan selepas halang sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Jalan Kampung Entulang Bungkang, di sini, kelmarin.<\/p>\n<p>Pemandu berkenaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166\/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada\u00a0ambulans.<\/p>\n<figure id=\"vckt-mobile-single-content-top\" class=\"canvaszone content-top\" data-ad-label=\"\"><\/figure>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang, tular sebuah kenderaan di media sosial yang tidak memberi laluan kepada sebuah\u00a0ambulans\u00a0yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSehari selepas kejadian itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,\u201d petik satu kenyataan.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-22219\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/416006291_416896587331042_8405607462757959739_n.jpeg\" alt=\"ambulans dihalang pemandu\" width=\"800\" height=\"1067\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/416006291_416896587331042_8405607462757959739_n.jpeg 765w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/416006291_416896587331042_8405607462757959739_n-225x300.jpeg 225w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kerajaan-cadang-wujudkan-ambulans-udara-milik-jbpm-menjelang-akhir-tahun-ini\/\">Kerajaan Cadang Wujudkan Ambulans Udara Milik JBPM Menjelang Akhir Tahun Ini<\/a><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mathew turut memberi peringatan agar semua pengguna jalan raya mematahu undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.<\/p>\n<p>Ini kerana semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kereta bomba mahupun kenderaan polis hendaklah memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 53 saat di media sosial memaparkan laluan sebuah ambulans dihalang pemandu Perodua Kembara yang di Sri Aman.<\/p>\n<p>Difahamkan seorang pesakit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospita gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans.<\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/watch\/?v=886931226241519&#038;t=182<\/p>\n<p>Apa yang membuatkan ramai marah, pemandu berkenaan masih tidak memberi laluan kepada ambulans berkenaan meskipun sudah lama membunyikan siren kecemasan.<\/p>\n<p>Sumber:\u00a0 FB <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/watch\/?v=886931226241519&amp;t=182\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sarawak Viral News<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/permalink.php?story_fbid=pfbid036QVnr2tXRWGUPbgkEnxzojFkDcPTW9t4CuxfhZAqUL8SUjgYNuAthXR2yQF8ozz2l&amp;id=100070321115316\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Polis Sri Aman<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu apabila laluan ambulans dihalang di Sri Aman, Sarawak pada Jumaat. Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Maggie berkata, pemandu Perodua Kembara sudah dikenakan tindakan selepas halang sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":22218,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-22216","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22216","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22216"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22216\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22221,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22216\/revisions\/22221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22218"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22216"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22216"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22216"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}