{"id":20208,"date":"2023-12-12T21:12:34","date_gmt":"2023-12-12T13:12:34","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=20208"},"modified":"2023-12-12T21:18:49","modified_gmt":"2023-12-12T13:18:49","slug":"malaysia-catat-jualan-kenderaan-elektrik-kukuh-momentum-positif-dijangka-berterusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/malaysia-catat-jualan-kenderaan-elektrik-kukuh-momentum-positif-dijangka-berterusan\/","title":{"rendered":"Malaysia Catat Jualan Kenderaan Elektrik Kukuh, Momentum Positif Dijangka Berterusan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-399351843\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Malaysia mencatatkan pertumbuhan <strong>jualan kenderaan elektrik<\/strong> yang <strong>kukuh<\/strong> setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.<\/p>\n<p>Beliau berkata, setakat ini, Malaysia merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cLebih 12,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak 2011 dengan bilangan BEV yang didaftarkan pada tahun ini sahaja telah melebihi 9,000 unit,\u201d katanya dalam ucapan beliau\u00a0semasa majlis pelancaran awal\u00a0Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di sini, hari ini.<\/em><\/h5>\n<h2><strong>Jualan kenderaan elektrik<\/strong> <strong>kukuh<\/strong><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-20213\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/tengku.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"585\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/tengku.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/tengku-300x219.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/tengku-768x562.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/harga-jualan-sewa-kediaman-dijangka-naik-hampir-10-tahun-depan\/\">Harga Jualan &amp; Sewa Kediaman Dijangka Naik Hampir 10% Tahun Depan<\/a><\/p>\n<p>Bagi tempoh 10 bulan pertama 2023, jualan kenderaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada hampir\u00a0647,000 unit.<\/p>\n<p>Tengku Zafrul berkata beliau percaya kenderaan elektrik akan menjadi pemangkin kepada eksport industri pembuatan Malaysia.<\/p>\n<p>Menjelas lanjut beliau berkata produk elektrik dan elektronik (E&amp;E) yang merupakan rantaian bekalan utama kepada sektor EV menyumbang 40 peratus daripada 80 peratus eksport Malaysia daripada sektor pembuatan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-20215\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.08.52\u202fPM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.08.52\u202fPM.png 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.08.52\u202fPM-300x200.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.08.52\u202fPM-768x512.png 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Oleh itu terdapat banyak potensi dalam kenderaan generasi baharu yang memerlukan lebih banyak komponen, sebagai contoh, komposit semikonduktor, komponen cip dalam kereta hari ini, malahan kereta hibrid adalah kira-kira 1500 cip dalam sesebuah kereta. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Dalam kereta EV, ia boleh mencapai sehingga sekurang-kurangnya 3000 cip dalam sesebuah kereta dan cip-cip ini datang daripada sektor E&amp;E,&#8221; katanya. <\/em><\/h5>\n<p>Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelabur EV. Antara tempoh 2018 dan Jun 2023, MIDA meluluskan 59 projek EV\u00a0 bernilai RM26.2 bilion dan ekosistem berkaitannya untuk pemasangan kenderaan, bahagian pembuatan dan komponen pengecasan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-20212\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/TENGKU_ZAFRUL.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/TENGKU_ZAFRUL.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/TENGKU_ZAFRUL-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/TENGKU_ZAFRUL-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, untuk mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) yang dilancarkan pada Ogos tahun ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menetapkan sasaran nasional, yang mana 20 peratus jualan tahunan kereta baharu Malaysia akan terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> \u201cKomitmen MITI untuk membawa Malaysia ke hadapan dalam revolusi kenderaan elektrik boleh dilihat melalui Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020). \u201cNAP2020\u00a0 menyediakan industri automotif tempatan hala tuju yang jelas untuk persiapan masa depan, melalui pembangunan kenderaan generasi akan datang termasuk EV yang cekap tenaga dan mesra alam,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<p>Sebagai sebuah ekosistem, industri automotif menyumbang kira-kira empat peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-20214\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.07.48\u202fPM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"416\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.07.48\u202fPM.png 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.07.48\u202fPM-300x156.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/Screenshot-2023-12-12-at-9.07.48\u202fPM-768x399.png 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Menjelang 2030, kerajaan menyasar\u00a0 untuk mencapai RM104.2 bilion dalam sumbangan KDNK dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.47 juta unit kenderaan.<\/p>\n<p>Tahun lepas, industri automotif Malaysia mencapai output pengeluaran lebih 700,000 kenderaan susulan permintaan yang kukuh selepas pandemik.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/ekonomi\/news.php?id=2253475\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">BERNAMA<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan kenderaan elektrik yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata, setakat ini, Malaysia merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar. \u201cLebih 12,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak 2011 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20211,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1238],"tags":[],"class_list":["post-20208","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20208","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20208"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20208\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20218,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20208\/revisions\/20218"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20208"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20208"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20208"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}