{"id":17667,"date":"2023-11-14T23:43:11","date_gmt":"2023-11-14T15:43:11","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=17667"},"modified":"2023-11-14T23:43:11","modified_gmt":"2023-11-14T15:43:11","slug":"kkm-bersiap-sedia-akan-hantar-pasukan-perubatan-bantuan-ke-gaza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kkm-bersiap-sedia-akan-hantar-pasukan-perubatan-bantuan-ke-gaza\/","title":{"rendered":"KKM Bersiap Sedia, Akan Hantar Pasukan Perubatan Bantuan Ke Gaza"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1019335843\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><strong>Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia<\/strong> dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja mendapat kebenaran.<\/p>\n<p>KKM dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana ia mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan tersebut.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan, penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pasukan perubatan ini juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,&#8221;menurut kenyataan.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-17675 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/img_0917-1.jpeg\" alt=\"KKM Gaza Palestin\" width=\"800\" height=\"451\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/img_0917-1.jpeg 864w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/img_0917-1-300x169.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/img_0917-1-768x433.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/img_0917-1-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, penghantaran alat guna habis\u00a0<em>consumables<\/em>\u00a0dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat.<\/p>\n<p>Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov\u00a0lepas, manakala\u00a0penerbangan kedua\u00a0dibuat pada 11 Nov,\u00a0masing-masing sebanyak\u00a0 20 tan.<\/p>\n<p>Menurut KKM, penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-17681 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Palestin-resize.jpeg\" alt=\"KKM Gaza\" width=\"800\" height=\"518\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Palestin-resize.jpeg 621w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Palestin-resize-300x194.jpeg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Bantuan tersebut meliputi\u00a0alat-alat\u00a0<em>consumable<\/em>\u00a0seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri dan pembedahan\u00a0trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan\u00a0dan ubat-ubatan yang bersesuaian.<\/p>\n<p>Kementerian itu juga memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan adalah bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, KKM\u00a0turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tindakan itu perlu dihentikan serta-merta\u00a0bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera,&#8221;menurut kenyataan lagi.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-17679 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1311_BD_PALESTINE.jpeg\" alt=\"KKM Gaza\" width=\"801\" height=\"467\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1311_BD_PALESTINE.jpeg 600w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1311_BD_PALESTINE-300x175.jpeg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/hadapi-musim-banjir-cuti-kakitangan-kkm-mungkin-akan-dibekukan\/\">Hadapi Musim Banjir, Cuti Kakitangan KKM Mungkin Akan Dibekukan<\/a><\/p>\n<p>Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat yang disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35\u00a0hospital yang terdapat di\u00a0Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha untuk memulihkannya,\u00a0selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital\u00a0yang masih beroperasi.<\/p>\n<p>Sumber: FB <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/photo?fbid=737676548394351&amp;set=pcb.737676591727680\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja mendapat kebenaran. KKM dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana ia mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan tersebut. Menurut kenyataan, penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":17670,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-17667","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17667","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17667"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17667\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17682,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17667\/revisions\/17682"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17667"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17667"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17667"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}