{"id":16596,"date":"2023-10-31T17:08:53","date_gmt":"2023-10-31T09:08:53","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=16596"},"modified":"2023-10-31T17:08:53","modified_gmt":"2023-10-31T09:08:53","slug":"atm-siap-siaga-gerak-ke-palestin-sebagai-tentera-pengaman-selepas-peroleh-mandat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/atm-siap-siaga-gerak-ke-palestin-sebagai-tentera-pengaman-selepas-peroleh-mandat\/","title":{"rendered":"ATM Siap Siaga, Gerak Ke Palestin Sebagai Tentera Pengaman Selepas Peroleh Mandat"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2835447333\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai tentera pengaman ke Palestin selepas menerima mandat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n<p>Lapor Sinar Harian, ini termasuklah persedian pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) negara yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Biarpun sehingga kini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu daripada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), kita tetap bersedia. Malah, kementerian ikuti rapat perkembangan di Palestin serta bekerjasama dengan Kementerian Luar.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jadi, kalau kerajaan kata hantar tentera ke Palestin, kita akan ikut kerana sebarang keputusan itu bukan dalam bidang kuasa Kementerian Pertahahan. Sebaliknya tertakluk pada Kementerian Luar,&#8221;katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-16608 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2405660.jpeg\" alt=\"ATM Palestin\" width=\"800\" height=\"536\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2405660.jpeg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2405660-300x201.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2405660-768x515.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/hospital-medan-susulan-gempa-bumi-pasukan-atm-digerak-ke-turkiye-awal-pagi-esok\/\">Hospital Medan Susulan Gempa Bumi, Pasukan ATM Digerak\u00a0Ke Turkiye Awal Pagi Esok<\/a><\/p>\n<div class=\"zox-post-info-wrap\">\n<div class=\"zox-post-byline-wrap zox-post-byline-date\">\n<div class=\"zox-author-info-wrap\">\n<div class=\"zox-post-date-wrap\">Mohamad berkata sebarang keputusan untuk menghantar tentera ke Palestin secara unilateral memerlukan penilaian rapi daripada pelbagai pihak termasuk negara sekitar di kawasan yang bergolak.<\/div>\n<div>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cIa memerlukan penelitian pelbagai pihak. termasuk Kementerian Luar, pandangan negara sekitar kawasan bergolak atau kawasan krisis dan paling utama mendapat mandat yang jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cBuat sahaja keputusan dan kami (ATM) akan ke sana (Palestin) jika ada keputusan, ada mandat membolehkan kita menghantar tentera pengaman kita dengan segera. Bahkan kita dah ada pun di Lubnan,\u201dkatanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-16609 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Konflik-Palestin-Israel-Pasukan-Malbatt-850-10-di-Lubnan-selamat-01.jpeg\" alt=\"ATM Palestin\" width=\"804\" height=\"482\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Konflik-Palestin-Israel-Pasukan-Malbatt-850-10-di-Lubnan-selamat-01.jpeg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Konflik-Palestin-Israel-Pasukan-Malbatt-850-10-di-Lubnan-selamat-01-300x180.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Konflik-Palestin-Israel-Pasukan-Malbatt-850-10-di-Lubnan-selamat-01-768x461.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 804px) 100vw, 804px\" \/><\/p>\n<p>Beliau akan membawa isu berkaitan Palestin pada sesi perbincangan dengan Menteri Pertahanan ASEAN pada minggu depan\u00a0sebagai topik sampingan\u00a0bagi mendengar suara negara-negara rantau itu berkaitan konflik berkenaan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKita nak dapatkan suara ASEAN, kerana kita ada satu pegangan iaitu ASEAN Centrality, sekiranya semua negara ASEAN bersetuju untuk kita hantar tentera ke Palestin di bawah panji PBB,\u201d katanya lagi.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Beliau berkata, sehingga kini Malaysia sentiasa komited memberi sokongan bagi mencapai keamanan sejagat menerusi panji PBB dan ia terbukti melalui penglibatan dalam 37 misi, sama ada sebagai tentera pemerhati atau pengaman.<\/p>\n<p>Mengulas cadangan menghantar tentera pengaman ke Palestin melalui\u00a0Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mohammad berkata perkara itu diserahkan untuk pertimbangan Wisma Putra memandangkan ia melibatkan negara lain.<\/p>\n<p>Antaranya di Congo, Somalia, Namibia, Kemboja, Bosnia Herzegovina, Timor Leste dan yang terkini di Lubnan, malah kini ATM masih terlibat dalam lima misi antarabangsa di bawah PBB<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/632331\/berita\/nasional\/atm-siap-siaga-sekiranya-ada-mandat-ke-palestin---mohamad\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2023\/10\/31\/atm-sedia-hantar-pasukan-pengaman-ke-palestin-mohamad-hasan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Kosmo! Online<\/a> (Zulkifli Manzor)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai tentera pengaman ke Palestin selepas menerima mandat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Lapor Sinar Harian, ini termasuklah persedian pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) negara yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). &#8220;Biarpun sehingga kini tiada sebarang keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":16607,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-16596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16596"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16611,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16596\/revisions\/16611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}