{"id":15992,"date":"2023-10-23T20:28:42","date_gmt":"2023-10-23T12:28:42","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=15992"},"modified":"2023-10-23T20:29:02","modified_gmt":"2023-10-23T12:29:02","slug":"potong-gaji-secara-automatik-bagi-pembayaran-balik-ptptn-tak-akan-bebankan-peminjam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/potong-gaji-secara-automatik-bagi-pembayaran-balik-ptptn-tak-akan-bebankan-peminjam\/","title":{"rendered":"Potong Gaji Secara Automatik Bagi Pembayaran Balik PTPTN Tak Akan Bebankan Peminjam"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-102811940\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Perdana Menteri Malaysia, <strong>Datuk Seri Anwar Ibrahim<\/strong> menyifatkan<strong> pembayaran balik PTPTN <\/strong>melalui kaedah potongan gaji secara automatik adalah satu kaedah kaedah praktikal serta tidak membebankan rakyat.<\/p>\n<p>Memetik laporan dari Bernama, Anwar memaklumkan yang kaedah itu antara cadangan dikemukakan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) dan akan dilaksanakan melalui pemotongan gaji secara automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).<\/p>\n<h2>Untuk kelestarian jangka panjang<\/h2>\n<p>Anwar berkata kadar bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah amat rendah dan kerajaan bimbang dengan kelestarian PTPTN untuk jangka masa panjang.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSehingga Mei 2023, jumlah pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM66.9 bilion. Jumlah ini sekiranya dibayar, boleh membiayai kira-kira 2.5 juta orang pelajar baharu,\u201d k<\/em>atanya dalam ucapan pada majlis penutup Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-15995\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2022_12_28_133973_1672231877._large.jpg\" alt=\"Pembayaran Balik PTPTN\" width=\"800\" height=\"532\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2022_12_28_133973_1672231877._large.jpg 627w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/2022_12_28_133973_1672231877._large-300x200.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2><strong>Teks mengenai pembayaran balik PTPTN dibaca Timb. Perdana Menteri<\/strong><\/h2>\n<p>Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, NRC juga mencadangkan untuk memperkenalkan mekanisme baharu pembiayaan, dimana universiti awam (UA) terikat dengan kerajaan menerusi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), untuk menghasilkan pelajar dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.<\/p>\n<p>Beliau berkata daripada model geran blok, cadangan yang dikemukakan adalah supaya kerajaan \u2018membayar\u2019 kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) untuk perkhidmatan pendidikan, berdasarkan formula pembiayaan berasaskan prestasi tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> \u201cFormula ini harus berdasarkan kebolehpasaran graduan, gaji siswazah, dan kualiti pendidikan. Institusi yang dapat menonjolkan prestasi yang baik, akan diperuntukkan kos yang lebih tinggi bagi setiap pelajar,\u201d<\/em> katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-15996\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/d95b98e482a85d592748119e1dc0f3345bdc5c4588de5.png\" alt=\"Pembayaran Balik PTPTN\" width=\"800\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/d95b98e482a85d592748119e1dc0f3345bdc5c4588de5.png 600w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/d95b98e482a85d592748119e1dc0f3345bdc5c4588de5-300x225.png 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Sekadar gambar hiasan<\/em><\/p>\n<p>Dalam pada itu, NRC juga mencadangkan supaya dilaksanakan kitaran perancangan belanjawan tiga tahun seperti yang dilaksanakan di Hong Kong.<\/p>\n<p>Beliau berkata ia akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Geran Universiti (UGC), yang akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh institusi, menggariskan program dan jumlah sasaran pelajar berdasarkan bidang keperluan negara, manakala\u00a0pembiayaan disediakan berdasarkan pendaftaran pelajar yang disasarkan.<\/p>\n<p>Anwar berkata NRC juga melihat kepada aspek pengembangan dana endowmen universiti, dengan menghapuskan peraturan perbelanjaan tahunan sebanyak 50 peratus yang dikenakan terhadap endowmen dan dana wakaf. Beliau berkata universiti terkemuka dunia seperti Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), mempunyai dana endowmen besar yang membolehkan mereka melabur semula dalam sistem pendidikan, termasuk meningkatkan alat dan bahan pengajaran, mengembangkan penyelidikan dan menyediakan biasiswa.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cIni akan membolehkan dana endowmen dan wakaf dapat dikembangkan dan seterusnya dilaburkan semula, bagi meningkatkan akses dan standard pendidikan tinggi,\u201d <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/insentif-diskaun-ptptn-mungkin-tidak-diteruskan-kpt\/\">\u201cInsentif Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan\u201d \u2013 KPT<\/a><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-15997\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/76b018451b18a3baf240c145d2ed9582624ed6ca6b304.jpeg\" alt=\"Pembayaran Balik PTPTN\" width=\"800\" height=\"500\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/76b018451b18a3baf240c145d2ed9582624ed6ca6b304.jpeg 1110w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/76b018451b18a3baf240c145d2ed9582624ed6ca6b304-300x188.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/76b018451b18a3baf240c145d2ed9582624ed6ca6b304-1024x640.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/76b018451b18a3baf240c145d2ed9582624ed6ca6b304-768x480.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Kredit foto: Bernama<\/em><\/p>\n<p>Anwar berkata secara keseluruhan cadangan yang dikemukakan NRC, yang ditubuhkan KPT\u00a0untuk mereformasikan pendidikan tinggi negara,\u00a0amat baik dan boleh dibincangkan lanjut dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/news.php?id=2237696\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembayaran balik PTPTN melalui kaedah potongan gaji secara automatik adalah satu kaedah kaedah praktikal serta tidak membebankan rakyat. Memetik laporan dari Bernama, Anwar memaklumkan yang kaedah itu antara cadangan dikemukakan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) dan akan dilaksanakan melalui pemotongan gaji secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":15998,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-15992","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15992","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15992"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15992\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15999,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15992\/revisions\/15999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15998"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}