{"id":15309,"date":"2023-10-16T21:21:42","date_gmt":"2023-10-16T13:21:42","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=15309"},"modified":"2023-10-16T21:21:42","modified_gmt":"2023-10-16T13:21:42","slug":"nicol-david-ucap-tahniah-skuasy-dipertandingkan-di-olimpik-2028","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/nicol-david-ucap-tahniah-skuasy-dipertandingkan-di-olimpik-2028\/","title":{"rendered":"Nicol David Ucap Tahniah, Skuasy Dipertandingkan Di Olimpik 2028"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1226403042\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Bekas Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengucapkan tahniah diatas kejayaan sukan skuasy yang akan dipertandingkan di Olimpik Los Angeles 2028 nanti.<\/p>\n<p>Memetik daripada ciapan beliau di aplikasi X, Nicol memaklumkan yang perkara tersebut sangat menggembirakan selepas bertahun-tahun menanti untuk melayakkan skuasy di kejohanan paling berprestij dunia itu.<\/p>\n<h5 id=\"tw-target-text\" class=\"tw-data-text tw-text-large tw-ta\" dir=\"ltr\" style=\"text-align: center;\" data-placeholder=\"Translation\" data-ved=\"2ahUKEwjw1c--yfqBAxUuxzgGHfj3BzQQ3ewLegQIBhAQ\"><em><span class=\"Y2IQFc\" lang=\"ms\">&#8220;Cukup luar biasa! Sememangnya layak selepas bertahun-tahun bekerja keras! <\/span><span class=\"Y2IQFc\" lang=\"ms\">Tahniah kepada Skuasy kesayangan kita dan bakal juara,&#8221;<\/span><\/em><span class=\"Y2IQFc\" lang=\"ms\"> tulisnya ringkas dengan memuat naik semua ciapan daripada PSA World Tour.<\/span><\/h5>\n<blockquote class=\"twitter-tweet\" data-width=\"550\" data-dnt=\"true\">\n<p lang=\"en\" dir=\"ltr\">Amazing amazing! Rightfully deserved after so many years of hard work! Congratulations to our beloved Squash and the future champions \ud83c\udfc6 <a href=\"https:\/\/t.co\/hAKhFn5BZR\">https:\/\/t.co\/hAKhFn5BZR<\/a><\/p>\n<p>&mdash; Nicol David (@NicolDavid) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/NicolDavid\/status\/1713836202376540371?ref_src=twsrc%5Etfw\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">October 16, 2023<\/a><\/p><\/blockquote>\n<p><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script><\/p>\n<p>Terdahulu, memetik laporan dari Bernama, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan skuasy disenaraikan dalam program Sukan Olimpik edisi Los Angeles 2028 (LA28) selepas bertahun-tahun mencuba dan menunggu.<\/p>\n<p>Selain skuasy, besbol\/sofbol, kriket dan dua sukan tradisi Amerika Syarikat (AS) iaitu flag football dan lacrosse juga antara lima sukan baharu yang diluluskan oleh Lembaga Eksekutif menjelang sesi IOC di Mumbai, India, selepas meneliti cadangan daripada Jawatankuasa Pengelola LA28.<\/p>\n<p>Presiden IOC Thomas Bach berkata, kemasukan lima sukan itu akan membolehkan Pergerakan Olimpik melibatkan diri dengan atlet baharu serta komuniti peminat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pemilihan lima sukan ini selaras dengan budaya sukan Amerika dan mempamerkan sukan ikonik Amerika kepada dunia, sambil membawa sukan antarabangsa ke AS.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> Sukan ini akan menjadikan\u00a0Olimpik\u00a0LA 2028 lebih unik,\u201d <\/em>katanya dalam kenyataan.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-15310\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"444\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM.png 2448w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM-300x167.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM-1024x569.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM-768x427.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM-1536x853.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Screenshot-2023-10-16-at-9.09.49\u202fPM-2048x1138.png 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Kredit foto: Olimpik.com<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Menurut IOC, program acara dan kuota atlet bertanding akan dimuktamadkan selepas Olimpik Paris 2024 yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan<em>.<\/em><\/p>\n<p>Skuasy dan flag football akan dipertandingkan buat julung kalinya manakala besbol\/sofbol, kriket dan lacrosse pula dipertandingkan semula dalam temasya terbesar dunia itu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em> \u201cSkuasy sudah disenaraikan dalam lapan temasya sukan lain, dengan wakil dari empat benua berada dalam 10 ranking teratas dunia. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>Skuasy menunjukkan perkembangan menakjubkan sejak kebelakangan ini, terutama dalam kalangan anak muda, dengan peningkatan 87 peratus dalam penyertaan skuasy antara 2015 dan 2019 di AS,\u201d <\/em>menurut IOC.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-15311\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/1644967868.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"464\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/1644967868.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/1644967868-300x174.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/1644967868-768x445.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Kredit foto: Utusan<\/em><\/p>\n<p>Kriket dengan lebih 2.5 bilion peminat seluruh dunia, hanya dipertandingkan di Olimpik Paris 1900, dan IOC yakin penyertaan dalam temasya LA28 membawa peluang besar untuk melibatkan diri dengan negara dan komuniti baharu.<\/p>\n<p>Lembaga Eksekutif IOC turut menyokong pentatlon moden dan angkat berat untuk dipertandingkan di LA28, dengan syarat disiplin berkuda digantikan dengan perlumbaan berhalangan dalam pentatlon moden manakala Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meneruskan usaha anti-doping dengan berkesan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan mengenai tinju masih ditangguhkan kerana IOC belum mengiktiraf persekutuan antarabangsa alternatif selepas menarik balik pengiktirafan terhadap Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/tewaskan-hong-kong-skuasy-berpasukan-wanita-hadiahkan-malaysia-pingat-emas-ke-3\/\">Tewaskan Hong Kong, Skuasy Berpasukan Wanita Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Ke-3<\/a><\/p>\n<p>Pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China baru-baru ini, pasukan skuasy Malaysia membawa pulang tiga pingat emas serta\u00a0masing-masing satu perak dan gangsa.<\/p>\n<p>Sumber: X <a href=\"https:\/\/twitter.com\/NicolDavid\/status\/1713836202376540371\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Nicol David<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/news.php?id=2234824\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengucapkan tahniah diatas kejayaan sukan skuasy yang akan dipertandingkan di Olimpik Los Angeles 2028 nanti. Memetik daripada ciapan beliau di aplikasi X, Nicol memaklumkan yang perkara tersebut sangat menggembirakan selepas bertahun-tahun menanti untuk melayakkan skuasy di kejohanan paling berprestij dunia itu. &#8220;Cukup luar biasa! Sememangnya layak selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":15312,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1234],"tags":[],"class_list":["post-15309","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15309","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15309"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15309\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15313,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15309\/revisions\/15313"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15312"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15309"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15309"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15309"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}