{"id":12530,"date":"2023-09-19T21:48:02","date_gmt":"2023-09-19T13:48:02","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=12530"},"modified":"2023-09-19T22:12:27","modified_gmt":"2023-09-19T14:12:27","slug":"hidap-barah-limfoma-tahap-4-blake-hero-tragedi-batang-kali-sudah-tiada","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/hidap-barah-limfoma-tahap-4-blake-hero-tragedi-batang-kali-sudah-tiada\/","title":{"rendered":"Hidap Barah Limfoma Tahap 4, &#8216;Blake&#8217; Hero Tragedi Batang Kali Sudah Tiada"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2033699277\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><strong>Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)<\/strong> dikenali sebagai<strong> Blake<\/strong> yang pernah diangkat menjadi<strong> &#8216;hero&#8217; tragedi Batang Kali<\/strong> dimaklumkan telah tiada.<\/p>\n<h2>Blake &#8216;hero&#8217; tragedi Batang Kali<\/h2>\n<p>Menerusi posting yang dibuat Facebook Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), <strong>Blake<\/strong> telah ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) selepas disahkan <strong>menghidap barah limfoma tahap empat.<\/strong><\/p>\n<p>Difahamkan, anjing Pengesan dari disiplin Cadaver telah didiagnosis menghidap barah limfoma pada 15 Ogos lalu apabila didapati mengalami kelesuan serta hilang selera makan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Blake dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, University Putra Malaysia (UPM) pada 14 September lalu apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSelain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi,&#8221;<\/em> menerusi kenyataan dari KPKT.<\/h5>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/KPKTMalaysia\/posts\/pfbid02XRQGAoSnSHMgbvYEBR3ygsGVrH7M98C9Lccb5fuemvSVCUXAoLoNtM1r7AHbpMuql<\/p>\n<h2>Barah merebak agresif, merebak seluruh badan<\/h2>\n<p>Sepanjang berada di wad, Blake\u00a0 juga gagal memberi respons kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar.<\/p>\n<p>Malahan katanya, barah limfoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan membesar.<\/p>\n<p>Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSelain itu, ia tiada harapan dipulihkan serta bagi mengelakkan anjing ini menderita daripada kesakitan dan mengambil kira kebajikannya,\u201d <\/em>jelas kenyataan tersebut.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-12532\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/34620667afce8061de0104f9298837dc.jpg\" alt=\"hero tragedi batang kali\" width=\"800\" height=\"480\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/34620667afce8061de0104f9298837dc.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/34620667afce8061de0104f9298837dc-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/34620667afce8061de0104f9298837dc-768x461.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Blake merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Blake telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.<\/p>\n<p>Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.<\/p>\n<p>Selamat jalan Blake.<\/p>\n<p>Sumber: Facebook <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/KPKTMalaysia\/posts\/pfbid02XRQGAoSnSHMgbvYEBR3ygsGVrH7M98C9Lccb5fuemvSVCUXAoLoNtM1r7AHbpMuql\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">KPKT<\/a><\/p>\n<div dir=\"auto\"><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi &#8216;hero&#8217; tragedi Batang Kali dimaklumkan telah tiada. Blake &#8216;hero&#8217; tragedi Batang Kali Menerusi posting yang dibuat Facebook Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Blake telah ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) selepas disahkan menghidap barah limfoma [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":12533,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-12530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12530"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12534,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12530\/revisions\/12534"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12533"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}