Dua pelakon Korea Selatan yang juga membintagi drama bersiri ‘The Glory’, Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta selepas mereka ditangkap bertemu janji untuk beberapa kali sepanjang empat bulan ini.
Menurut laporan Kimchi Daily, pasangan tersebut mula rapat menerusi drama tersebut kerap keluar ‘dating’ bersama-sama telah berjaya meraih perhatian ramai.
Mana tidaknya, pada 15 Disember 2022, mereka dilihat berjumpa di flat Lee Do-hyun di daerah Geumho, Seoul meskipun cuaca pada ketika itu sangat berkabus malah, sempat membuat orang salji bersama-sama.
Bukan itu sahaja, pasangan merpati dua sejoli itu meluangkan masa di Pusat Rekreasi Semulajadi Yongin dan Lee Do-hyun turut membeli kopi buat mereka.
Susulan itu, sejak khabar tersebut sudah mula tersebar di laman sosial, agensi mereka akhirnya membuka mulut dengan memberitahu mengenai status kedua-dua selebriti tersebut.
“Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun mempunyai perasaan yang baik sebagai senior dan junior rapat. Mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi secara berhati-hati. Kami berterima kasih sekiranya semua boleh menyokong dengan baik,” ujarnya.
Sumber: Kimchi Daily