Selebriti Korea Selatan yang juga merupakan seorang rapper, DinDin telah mendermakan 10juta Won bersamaan dengan RM34,308 kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Kongsikan di media sosial
Hal tersebut dimaklumkan sendiri olehnya menerusi perkongsian di Instagram dengan menyertakan emoticon bendera kedua-dua buah negara tersebut.
Harap mereka dapat membangunkan kembali kehidupan
Menurut DinDin, dia berharap sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mangsa-mangsa di sana memulakan semula kehidupan selepas dilanda bencana yang mengorbankan ramai mangsa serta kemusnahan yang amat dasyat.
“Saya harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu dan semoga kamu (mangsa-mangsa gempa) dapat kembali ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga tiada lagi kemusnahan,” tulisnya.
Korea Selatan sumbangkan lebih dari RM21 juta
Dalam pada itu, kerajaan Korea Selatan sendiri telah menghulurkan RM21.51 juta kepada Turkiye serta menghantar 60 anggota penyelamat bagi membantu misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.
Pihak mereka juga menghantar bekalan perubatan menggunakan pesawat pengangkut tentera.
Pada 6 Februari lalu, dunia telah dikejutkan dengan tragedi gempa bumi sekuat 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria sehingga lebih 8,000 orang dimaklumkan telah terkorban setakat ini.
Sumber: Instagram DinDin