Bekas ahli kumpulan K-Pop terkenal, Exo, Kris Wu telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun oleh Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang Beijing selepas didapati bersalah atas jenayah merogol gadis bawah umur.
Namun begitu, Kris kembali menjadi sebutan ramai apabila didakwa menghidap penyakit sifilis dan menyebarkannya kepada mangsa.
Ahli keluarga tahu jenayah yang dilakukan?
Memetik laporan dari Mstar yang merujuk kepada media tempatan, Kris dikatakan telah merogol salah seorang mangsanya yang ketika itu sedang ‘datang bulan’.
Perkara tersebut kecoh diperkatana di media sosial negara China kerana dia turut didakwa merakam kejadian tersebut.
Lebih menjijikkan lagi, ada dakwaan mengatakan ahli keluarga selebriti berkenaan tahu tentang perkara itu.
Untuk rekod, Kris WU telah dijatuhkan hukuman selama 13 tahun penjara selepas melakukan jenayah merogol ketika tahun 2018.
Penahanannya berlaku selepas seorang gadis berusia 18 tahun membuat pendedahan menjadi mangsa selebriti itu apabila dia bersama beberapa orang gadis lain diajak melakukan hubungan seks.
Difahamkan, Kris telah memperdayakan mereka dengan mengajak gadis-gadis terbabit datang ke kediamannya untuk melakukan ujibakat sebelum memberi mereka minuman keras sebelum melakukan jenayah rogol.
Sumber: Mstar