Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BERSATU: Muhyiddin Umum Tiga Jawatan MPT, Azmin Ali Sebagai Setiausaha Agung

Bersatu mengumumkan pelantikan tiga jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bagi sesi 2024 hingga 2027 dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung baharu.

Menurut laporan Berita Harian, turut dilantik Datuk Seri Rina Harun sebagai Bendahari Agung dan Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan.

Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM | Berita Harian

Foto: Berita Harian

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, pelantikan yang berkuat kuasa pada Khamis dibuat menurut Fasal 13.9 Perlembagaan Bersatu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau mendoakan agar ketiga-tiga pemimpin yang dilantik dapat menjalankan tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Bendahari, Datuk Mohamed Salleh Bajuri dan Ketua Penerangan, Datuk Razali Idris, atas segala jasa dan khidmat bakti mereka kepada parti,” katanya.

Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

Pada pemilihan parti yang lalu, Muhyiddin dan Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Presiden susulan hanya satu pencalonan diterima bagi jawatan ditandingi mereka.

Pada pemilihan Oktober lalu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin menang dalam pertandingan enam penjuru merebut jawatan Naib Presiden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Srikandi, menggantikan Rina yang menarik diri dari bertanding sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia manakala Muhammad Hilman Idham dipilih sebagai Ketua Armada.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin), Facebook Muhyiddin Yassin

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Bisnes

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan...

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd