Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Miliki Dan Edar Dadah, Nenek 75 Tahun Ditahan Bersama Tiga Lelaki

Seorang wanita warga emas atau nenek berusia 75 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian bersama tiga lelaki pada Khamis atas pertuduhan edar dan memiliki dadah pada awal bulan ini.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Chan Ah Moi, 75, Chan Chui Lai, 59, Tan Chee Seong, 50, dan Lim Huang Kin, 40, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Nenek 75 tahun ditahan edar dadah bersama tiga lelaki

Namun begitu, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua yang tertuduh kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat-empat individu ini secara bersama didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MMDA) seberat 23,572.74 gram dan 532.59 gram serta kanabis seberat 362.02 gram, manakala Chui Lai pula satu lagi pertuduhan lain iaitu mengedar dadah jenis MMDA seberat 1,638.81 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nenek 75 Tahun edar dadah

Di mahkamah sama, semua tertuduh mengaku tidak besalah atas pertuduhan memiliki dadah ketamin seberat 232.6 gram, manakala Chui Lai mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memiliki dadah Nimetazepam seberat 275 gram.

Bagi pertuduhan ini, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 12 (3) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini manakal semua yang tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menantikan laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan kepada yang tertuduh memandangkan kes berkenaan tidak boleh diberi jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata wanita warga emas berusia 75 tahu itu antara empat yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dan pembungkusan dadah di rumah atas air di Pontian.

Sementara itu, pihak polis Johor turut merampas pelbagai jenis dadah di rumah berkenaan yang bernilai sehingga RM4.3 juta.

Sumber: Berita Harian (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd