Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zayn Rayyan Masih Berjalan, ‘Hutang’ Saya Kepada Masyarakat – Pengarah JSJ

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dijalankan sehingga kini dan kes tersebut tidak pernah ditutup.

Menurut satu laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan berkaitan kes tersebut masih aktif dan pihaknya sentiasa menantikan petunjuk baharu.

Foto: Utusan

“Seperti yang selalu saya katakan, kita tak pernah tutup mana-mana kes, kes kini menantikan petunjuk baru, namun malang sekali, selepas ganjaran ditawarkan pun kami tidak menerima petunjuk baru.
“Saya faham masyarakat tak puas hati dengan perkembangan kes ini, tetapi macam saya sebut kita tak pernah lupa kes itu dan itu adalah hutang saya kepada masyarakat,” katanya semalam.

Beliau juga berkata bahawa secara peribadi sangat mengharapkan ada petunjuk dan maklumat berkenaan kes pembunuhan adik Zayn Rayyan sekali gus mahu menangkap pelakunya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya saya pencen tanpa selesaikan kes itu, ini menjadi satu kegagalan buat saya. Kami telah berusaha sebaik mungkin dan menyiasat segala sudut, namun kami masih tidak temui petunjuk.

Foto: thevibes.com

“Secara peribadi, saya ambil itu sebagai sebagai kegagalan saya, namun saya tidak akan berputus asa. Saya berharap masih ada sinar untuk kes ini,” ujar beliau.

Beliau juga memaklumkan kehadiran orang ramai di lokasi utama jenayah berlaku ketika kejadian tersebut berkemungkinan telah memusnahkan bukti-bukti yang ada, tetapi pihaknya tidak menyalahkan orang awam kerana faham niat dan tujuan mereka adalah untuk membantu.

Untuk makluman, Zayn Rayyan yang berusia 6 tahun ketik kejadian dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya pada 5 Disember tahun lalu.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd