Remaja berusia 16 tahun, Kevin berpisah dengan isterinya, Mariana yang berusia 41 tahun setelah terdapat campur tangan pihak ketiga iaitu ibu lelaki tersebut.
Menurut laporan Serambinews, setelah empat kali Kevin ingin berpisah, perkahwinannya dengan Mariana yang hanya bertahan lapan bulan akhirnya terlerai meskipun wanita tersebut sentiasa berusaha untuk mempertahankannya.
Foto : Video Viral
Difahamkan, konflik rumah tangga yang dibina pada 30 Julai 2023 itu timbul akibat daripada tiada persefahaman dan sering bertengkar walaupun Mariana berusaha untuk berbaik semula dengan suaminya itu.
Ibu kepada remaja tersebut, Lisa yang kini menanggung anak lelakinya itu menyatakan Kevin telah meminta duit untuk membeli telefon memandangkan dia telah berpisah dengan wanita berkenaan.
Jelasnya lagi, segala barangan Kevin seperti cincin dan telefon bimbit telah diserahkan kepada Mariana memandangkan sepanjang tempoh perkahwinan, anak lelakinya itu dibiayai oleh isterinya.
Foto : FB Lisa Tbbr
“Sudah berpisah, telefon bimbit Kevin juga diambil isterinya. Dia (Kevin) minta bapanya di Malaysia beli telefon baharu. Kan isterinya yang beli (telefon), jadi dia (Mariana) ambil lah. Cincin kahwin pun isterinya jual,” katanya.
Meskipun penceraian mereka masih belum rasmi, namun Lisa juga memaklumkan bahawa Kevin sedang dalam proses menguruskannya.
Terdahulu, Lisa berkongsi rasa kecewanya terhadap perkahwinan Kevin dan Mariana yang juga merupakan sahabatnya di akaun Facebook.
“Kalau dah namanya orang tua, mesti bangga dapat menantu. Tapi sekarang, rasa bahagia bercampur sedih. Anak yang kita sayang dan banggakan sekarang sudah berubah sepenuhnya dengan ibunya,” ujarnya.
Wanita tersebut menyifatkan anak lelakinya itu berubah sikap dan derhaka terhadapnya selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan Mariana.
Sumber : Serambisnews.com