Setiap anggota polis dibenar pegang wang tunai RM100 sahaja sewaktu berada dalam operasi ataupun sebarang penugasan.
Sudah termaktub dalam peraturan
Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan yang boleh sahaja membawa lebih daripada jumlah terbabit namun perlu diisytiharkan dalam buku catitan (pocket book) serta dimaklumkan kepada penyelia yang bertugas.
“Mengikut prosedur pemilikan wang yang dibenarkan dibawa ketika operasi atau penugasan sememangnya hanya RM100, kalau lebih kena maklum sebelum operasi dijalankan.
“Perkara ini sememangnya sudah termaktub dalam peraturan yang ditetapkan dan setiap anggota dan pegawai polis perlu mematuhinya,” katanya.
Artikel lain: Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Polis Terlibat Rasuah – KPN
Polis dibenar pegang wang tunai RM100 sahaja, bawa lebih kena maklumkan
Dalam sidang akhbar yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu, beliau turut mengulas mengenai kes berkaitan 10 anggota polis trafik yang disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi sebelum ini.
Ujarnya, siasatan berkenaan hal tersebut sedang dijalankan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 selain siasatan dibawah tatatertib.
“Kes ini masih dalam siasatan, kita perlu siasat sama ada wang yang ditemui adalah wang milik sendiri atau ada elemen-elemen lain termasuk ada dibuat pengeluaran wang atau sebagainya,” katanya.
Sekadar gambar hiasan
Terdahulu, berita telah melaporkan 10 anggota polis trafik termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor disiasat berhubung penemuan wang tunai di dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan Op Alkohol.
Setakat ini, kesemua mereka telah diarahkan untuk melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuraliff)