Kehidupan mewah satu pasangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kembali menjadi sorotan apabila isterinya dikenali sebagai Soudi Al Nadak memuat naik video tuntut RM1.4 juta kepada suami setiap kali hamil.
Banyak betul prasyarat sebelum boleh mengandung
Perkongsian tersebut dinyatakan oleh Soudi menerusi muat naik di TikTok sehingga mendapat liputan ramai. Mana tidaknya, isteri kepada ahli perniagaan, Jamal Al Nadak telah menyenaraikan prasyarat sebelum bersetuju untuk hamil.
@soudiofarabia I think this is pretty reasonable, am I missing anything? ✨ #dubai #millionaire #ksa #fyp
Tuntut RM1.4 juta kepada suami sebab tak nak letak kesakitan secara percuma
Dia yang juga seorang pempengaruh dikenali sebagai soudifarabia memaklumkan yaN tuntutan tersebut termasuklah 240,000 pound sterling (kira-kira RM1.4 juta) setiap kali hamil, hadiah berjenama dan layanan tetamu kenamaan (VIP), semasa dan selepas bersalin.
Soudi meminta diberikan ia cincin perkahwinan, akses penuh kepada kad kredit suaminya untuk kecemasan, dan pelbagai hadiah mewah, termasuk beg tangan berjenama dan kereta baharu serta tiada sebarang rundingan untuk tuntutan kehamilannya itu.
“Saya tidak akan meletakkan badan saya melalui kesakitan sebanyak itu secara percuma.” ujarnya.
@soudiofarabia Its the least he could do right? #dubai #millionaire #ksa #fyp
tuntut RM1.4 juta kepada suami meliputi pelbagai perbelanjaan
Dalam pada itu, isteri jutawan berkenaan juga menjelaskan tuntutan bayaran tersebut meliputi pelbagai perbelanjaan, daripada sesi terapi kepada fisioterapi, latihan peribadi, akupunktur, dan urutan untuk dirinya dan bayi.
Dia juga berkeras mahukanpush present (hadiah kerana meraikan ibu yang melahirkan bayi), khususnya lebih banyak hartanah pelaburan dan beg Birkin.
Tak hanya itu, Soudi turut enggan bekerja lagi, penambahan pembantu di rumah, lawatan kepada antara 1,000 kepada 2,000 individu selepas bersalin, dan juga pasukan solek dan rambut yang berdedikasi.
Artikel lain: Jadi Isteri Jutawan Dubai, Wanita Mengeluh Terima Layanan Mewah
Harap ni semua gurauan sahaja
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan permintaan-permintaan luar biasa wanita tersebut dan ada yang menyangka ia sekadar gurauan sahaja.
Ramai ibu lakukan tanpa sebarang bayaran
Dia layak kot minta macam tu
Walau bagaimanapun, Soudi menegaskan bahawa cinta mereka adalah ikhlas, dan dia terus menerima sokongan, terutamanya daripada wanita di Dubai yang menghargai kehidupannya yang mewah.
Sumber: TikTok soudifarabia