Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memuat naik satu hantaran di Instagram menyatakan bahawa dirinya terpaksa menaiki pesawat Singapore Airlines kerana tidak mendapat tempat duduk di pesawat AirAsia.
“No seat on @flyairasia for three flights so had to take @singaporeair . Hehehe,” tulisnya secara berseloroh.
Ramai cadang Tony Fernandes tambah tempat duduk di AirAsia
Perkongsiannya telah menjadi bahan guruan warganet di media sosial kerana terhibur dengan posting yang dibuat oleh Tony Fernandes.
Ada juga di antara mereka memberi cadangan agar Tony menambah tempat duduk di pesawat AirAsia dan berseloroh menyatakan individu berkenaan tidak mungkin akan terlepas pesawat.
Artikel lain: Tony Fernandes Mohon Maaf Tak Pakai Baju, Berurut Ketika Mesyuarat
Sebelum ini, Tony Fernandes pernah menjadi perbualan umum apabila menghadiri mesyuarat secara virtual sambil berurut ketika di Indonesia.
Susulan tularnya gambar tersebut, beliau telahpun membuat permohonan maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan cara kerjanyanya.
Sumber: Instagram Tony Fernandes