Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber telah mendapat kecaman hebat di media sosial terutamanya di aplikasi X apabila dikatakan memuat naik sokongan terhadap Israel namun menggunakan gambar yang salah.
Simpati dengan Israel tapi guna gambar kemusnahan di Palestin
Dalam tangakapan layar Insta Story yang dikongsikan semula netizen di media sosial, Bieber telah menggunakan gambar kemusnahan di Palestin namun mendoakan agar Israel dalam keadaan selamat.
Justin Bieber padam posting
Merujuk kepada posting yang dibuat oleh Pop Base, penyanyi kelahiran Kanada itu dikatakan telah memadam ciapan tersebut.
Justin Bieber deletes and reposts ‘Praying For Israel’ story after the original post he shared had the words over a photo of destruction in Gaza. pic.twitter.com/5yHoXC8Ilr
— Pop Base (@PopBase) October 11, 2023
Justin Bieber kata tak sokong mana2 pihak, tapi cakap tak serupa bikin
Tindakan tersebut diselar tidak bijak kerana dikatakan tidak tahu situasi sebenar yang berlaku kerana ketika ini Palestinlah yang menjadi mangsa kekejaman pihak musuh.
Dia kemudiannya mengunggah satu kenyataan memaklumkan berasa sedih melihat rakan-rakan dari kedua-dua pihak berbalah. Dia juga tidak mahu menyokong mana-mana pihak.
Cakap tak serupa bikin
Namun, dalam posting selanjutnya dia Insta Story, penyanyi lagu Baby itu menulis bahawa mendoakan Israel, dan perkara tersebut sudah tentu bercanggah dengan apa yang dinyatakan sebelum ini dimana tidak mahu berpihak kepada mana-mana kubu.
Sejak tercetusnya konflik antara Palestin dan Israel, beberapa selebriti antarabangsa telah menyuarakan sokongan mereka secara terbuka di media sosial.
Ada juga yang menyelar peperangan yang berlaku walaupun umum sedia tahu bahawa tanah rakyat Palestin telah dirampas sehingga terbentuk sebuah negara haram.
Sumber: X Pop Base