Pelakon popular, Will Smith rupanya sudah bercerai dengan isterinya, Jada Pinkett Smith sejak tahun 2016 namun dirahsiakan kepada umum.
Menurut laporan CNN, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Jada malah sebelum ini mereka tidak memberitahu mengenai perpisahan mereka kepada umum kerana belum bersedia lagi.
“Kami masih cuba memikirkan antara kami berdua, bagaimana untuk berkongsikan perkara (penceraian ini),” katanya dalam temu bual bersama Hoda Kotb di Today Show.
Will Smith rupanya sudah bercerai
Artikel lain: Berbeza Pendapat, Ariana Grande & Suami Bercerai Selepas Dua Tahun
Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rancangan untuk bercerai secara sah namun memilih jalan untuk berpisah secara baik tanpa sebarang alasan.
Sekadar info, Jada dan Smith telah berkahwin sejak 1997 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Terdahulu, Smith pernah menampar penyampai Chris Rock selepas membuat jenaka tentang fizikal Jada yang botak ketika Oscar 2022.
Susulan insiden tersebut, Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi selama 10 tahun dan pada 29 Mac, dia umum menarik diri daripada menjadi ahli Akademi Seni dan Sains Filem.
Sumber: CNN