Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan telah menukar kerjaya dan ‘jadi tukang masak’.
Khairul Fahmi dah jadi tukang masak?
Tular dua kepingan foto di media sosial mengenai Khairul Fahmi yang kini penjaga gol Sabah FC dikatakan menjadi tukang masak di sebuah bazar.
Malah, kapsyen ringkas yang ditulis di laman Facebook My Sabah turut menarik perhatian ramai.
“Keras kehidupan sampai penjaga gol Sabah, Apek pun jadi begini sudah di Bayu Night Market, Kota Kinabalu,”tulis My Sabah.
Artikel lain: Kongsi Foto Tunai Solat, Pemain Bola Sepak German Robert Bauer Masuk Islam
Jadi tukang masak, bantu kawan promosi kedai
Ternyata, foto tular tersebut bukanlah bererti beliau kini menjadi tukang masak. Sebaliknya hadir bagi mempromosikan restoran milik rakannya. Malah, terdapat satu lagi hantaran memuji masakan Khairul Fahmi yang disifatkan sedap untuk dimakan.
Yang penting halal…
Rata-rata warganet turut memuji tindakan Khairul Fahmi yang dilihat tidak kekok untuk beraksi di dapur.
Selain itu, mereka menyatakan pekerjaan ‘tukang masak’ adalah tidak. Ini kerana ia adalah sumber pendapatan yang halal.
Tidak salah jika pemain bola sepak atau atlet mahupun sesiapa sahaja ‘tukar’ bidang lain dalam satu masa yang sama.
Apa yang penting sekali adalah mereka yakin dan tidak berputus asa dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Sumber: FB My Sabah, Laeizo R.O.B FC