Dua hari lalu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari melawat pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama keluarga serta anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh BCL di laman Instagramnya, dia menzahirkan ucapan hari lahir buat arwah suaminya kali ke 44 tahun di kubur tersebut sambil menitipkan kata-kata romantik.
“Hari ini seharusnya ulang tahun kamu yg ke 44.. Tp takdir berkata berbeza.. Kamu sudah pergi terlebih dahulu. Kami disini nak cakap yang kami okay, lebih baik.
“Kami telah mencipta kenangan baharu dengan kekuatan awak di dalamnya, awak sentiasa dalam hati kami dan kami sentiasa rindukan awak.
“Selamat hari lahir syurga, terima kasih untuk segalanya,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Netizen terharu dengan cinta BCL
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan kekuatan cinta BCL terhadap arwah suaminya malah, dia tidak pernah melupakan arwah suaminya yang sudah lama meninggalkan keluarga.
Al-Fatihah buat arwah Ashraf Sinclair
Dalam pada itu, netizen turut sedekah Al-Fatihah buat arwah Ashraf Sinclair dan mendoakan agar BCL dan keluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.
Sumber: Instagram @Bunga Citra Lestari