Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adik Rahman Sudah Sedar Selepas 10 Hari Ditidurkan, Tapi Belum Tahu Keluarga Maut

Adik kepada Abdur Rahman yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga maut membabitkan kemalangan lima buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat 1 September lalu akhirnya buka mata selepas 10 hari ditidurkan.

Menurut laporan Kosmo, Norhayati Noor Muhammad yang juga merupaka ibu saudara kepada Abdullah Amir Ruddin, 15, sudah memberi tindak balas positif dimana sudah membuka mata selain dapat menggerakkan anggota badan.

Bukan itu sahaja, alat bantuan pernafasan serta wayar pada badan Abdullah telah ditanggalkan.

“Alhamdulillah dia juga dapat membuka mata apabila kami ahli keluarga memanggil namanya, dia beri respon kepada suara-suara yang dia kenal,” katanya.

Bagaimanapun, Norhayati memaklumkan berkemungkinan besar Abdullah tidak dapat mengingati apa yang berlaku kepada  diri serta ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, ahli keluarga akan meminta nasihat sama ada perlu memberitahu kejadian yang meragut nyawa enam ahli keluarganya itu dalam masa terdekat atau sebaliknya.

“Buat masa ini, jika dia sudah baik dan pulih, kami fikir kena rujuk nasihat doktor sama ada kena beritahu hal sebenar seawal mungkin atau biar ingatannya pulih dahulu. Kami tidak mahu ada kesan tidak baik ke atas kesihatan dia bila dia dapat tahu,” ujarnya.

Disebabkan Abdullah mempunyai jangkitan kuman pada kerongkong dan paru-paru,  pembedahan di bahagian muka dan tangan terpaksa ditangguhkan.

“Pembedahan untuk membetulkan rahang kiri dan kanan Abdullah yang retak atau patah serta memasukkan besi pada tangannya ditangguhkan sebab dia ada jangkitan kuman dekat kerongkong serta merebak ke paru-paru.
“Jadi doktor sedang pulihkan jangkitan itu dengan memasukkan antibiotik untuk mematikan kuman itu dulu, bila sudah baik nanti akan buat pembedahan.
“Setakat ini dia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. Tetapi sudah menunjukkan perkembangan positif,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Abdullah adalah satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam kemalangan ngeri tersebut namun, ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia.

Sumber: Kosmo (Mohd Sharkawi Londing)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd