Selebriti Idonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Mohamad Fattah meluahkan rasa sedih apabila dia sering menjadi bahan kutukan netizen mengenai kisah silamnya sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta di laman Instagramnya, dia terpaksa ‘archived’ gambar-gambar di aplikasi tersebut termasuklah foto tunangnya demi memuaskan hati orang ramai.
Bukan itu sahaja, dia sudah membawa diri dengan pergi ke luar negara untuk bercuti memandangkan kesihatan mentalnya terganggu disebabkan mulut netizen.
Pun begitu, apa yang menarik perhatian adalah Lucinta meluahkan rasa kesal dengan keadaan dirinya sehingga mencetuskan persoalan ramai.
Jelasnya, dia tidak mahu jadi seperti sekarang jika diberi peluang untuk memutar kembali waktu namun, segalanya sudah terlambat.
“Andai waktu boleh diputar, aku tak nak jaid seperti ini. ku sedih dan dari sini aku banyak belajar dari orang yang aku sayang bagaimana cara kita mengatasi kesihatan mental.
“Aku berikan semuanya dari lubuk hati paling mendalam mengenai keadaan diri aku tapi tak sangka ada orang yang masih sayang aku dan menganggap seperti keluarga sendiri,” ujarnya.
Berhenti la kecam dia lagi
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen meminta orang ramai untuk berhenti mengkritik atau kecam bagi memberikan Lucinta masa untuk bertenang.
Kembali la ke pangkal jalan
Dalam pada itu, ramai netizen menggesa supaya transgender itu kembali ke pangkal jalan sebagai salah satu jalan untuk mencari keredaan Allah dalam kehidupan.
Sumber: Instagram @Lucinta Luna