Pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal sering menjadi perhatian ramai disebabkan oleh tubuh sasanya serta wajahnya yang tampan walaupun usia sudah mencecah 51 tahun.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Arjun di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar tampil berbaju telah menjadi bualan hangat ramai.
Mana tidaknya, meskipun usianya sudah lebih separuh abad, dia dipuji ramai terutamnya dalam kalangan peminat kerana sering menjaga tubuh badan untuk kekal sihat.
Bahkan, ayah kepada dua cahaya mata itu mengakui dia sangat pentingkan penjagaan fizikal dan diet semata-mata ingin memenuhi tuntutan watak dalam filem baharunya, Crakk.
Nampak muda!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan bentuk fizikal Arjun dan tidak mempercayai bahawa dia sudah semakin menua.
Jadikan Arjun sebagai inspirasi
Bukan itu sahaja, ada netizen terutamanya dalam kalangan lelaki menjadikan Arjun isnpirasi mereka untuk kekal sihat serta mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Sumber: Instagram @Rampal72