Baru-baru ini, penyanyi popular, Lisa Blackpink telah mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar berbikini di laman Instagramnya ketika bercuti di Greece.
Mana tidaknya, sebelum ini penyanyi yang berusia 26 tahun itu pernah memberitahu dia tidak berani untuk tampil berbikini kerana takut dimarahi ibunya.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian Lisa yang menunjukkan beberapa buah gambar ketika bercuti ke luar negara, dia dengan berani menyelit foto hanya memakai pakaian dalam warna hijau dari bahagian belakang.
Peminat luah bimbang
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan tindakan anggota kumpulan terkenal memandangkan orang tuanya tidak menyukai dia berpenampilan seksi.
Ramai puji Lisa cantik
Bagaimanapun, meskipun penyanyi berdarah Thailand itu sudah berani tampil berbikini, ramai memuji kecantikan Lisa selain mempunyai bakat hebat dalam industri hiburan.
Sumber: Instagram @Lisa Blackpink