Baru-baru ini, nama penyanyi popular, Lisa Blackpink menjadi perhatian ramai apabila dia tampil dengan mengenakan stoking koyak pada bahagian ibu jari kakinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 26 tahun di IG storynya, kelihatan dia menunjukkan stoking berwarna merah jambu yang dipakai koyak sehingga menampakkan kuku ibu jarinya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pujian ramai dengan menyifatkan Lisa sebagai seorang yang merendah diri walaupun sudah menjadi seorang jutawan.
“Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang… Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak.
“Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya,” komen netizen.
Sumber: Instagram @Lisa Blackpink