Selepas setahun berlalu, pelakon Amber Heard akhirnya selesai melangsaikan bayaran saman dalam kes fitnah ke atas bekas suaminya, Johnny Depp.
Menurut laporan Astro Awani, Heard telah melunaskan saman berjumlah RM4.6 juta seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah kepada Depp.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah Depp tidak menggunakan wang tersebut namun telah mendermakan sepenuhnya kepada rumah kebajikan.
Difahamkan, pelakon yang memegang watak Captain Jack Sparrow menerusi filem Pirates Of The Carribbean telah mengagih wang tersebut kepada lima organisasi atau rumah kebajikan dengan setiap satunya diberikan sebanyak RM920,000.
Organisasi tersebut adalah Make-A-Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, Tetiaroa Societ dan Amazonia Fund Alliance.
Sumber: Astro Awani