Connect with us

Infozon

Motosikal Terbabas Masa Konvoi, Anggota Polis Maut Tinggalkan Balu & Anak 8 Bulan

Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kampung Brisu dekat Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Menerusi laporan The Star, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata mangsa dikenal pasti sebagai Lans Koperal Mohd Zaini Mahat yang bertugas di Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah.

Memetik laporan Harian Metro pula, Allahyarham yang berusia 33 tahun melakukan konvoi bersama tujuh rakan sebelum motosikal ditungganginya terbabas dan bertembung dengan lori sampah.

“Arwah meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia lapan bulan serta kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

TERKINI | Kemalangan Maut di Jalan Kg. Berisu menghala Ke Lubuk China, Masjid Tanah. Kemalangan melibatkan konvoi…

Posted by Masjid Tanah Daily on Saturday, July 4, 2020

“Tempat berpaut saya dijemput pulang…” – Isteri Allahyarham

Rata-rata rakan Allahyarham terkejut mengenai pemergian tersebut dengan meluahkan rasa hiba melalui beberapa posting di laman Facebook.

Salam takziah buat keluarga

Syurga buatmu sahabat

Sumber : The Star , Harian Metro , Masjid Tanah Daily , Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending