Connect with us

Infozon

“Mohon Surau & Masjid Dibuka Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan” – Netizen

Dalam bulan puasa, 10 malam terakhir Ramadan menjadi rebutan umat Islam bagi melakukan amalan kepadaNya seperti membaca al-Quran, beriktikaf di rumah Allah mencari satu malam yang amat bermakna iaitu Lailatul Qadar.

Namun disebabkan larangan beribadah di surau dan masjid akibat pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), segelintir netizen meluahkan hasrat mereka di media sosial.

“Mohon pintu2 masjid dan surau dibuka untuk ibadah 10 malam terakhir Ramadan,” tulis Zainab Mustafa di laman Facebook menerusi group ‘Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Fans’.

Posting itu menerima 4,600 tanda suka dan 1,100 komen netizen yang rata-rata turut menyokong hasrat tersebut dimana dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar.

Setuju tapi dengan syarat

Surau2 stesen minyak pun minta dibuka?

Amin! Mudah-mudahan…

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen tidak bersetuju kerana bimbang penularan situasi pandemik itu semakin serius selain memberi pendapat bahawa beribadah di rumah adalah lebih baik.

Duduk rumah jelah!

Mana2 pun boleh beribadah

Allah pandang hati, ikhlas ke tak beramal

Kebenaran solat Tarawih & solat Jumaat masih dalam perbincangan :

Sumber : Facebook , Dr. Zulkifli

Continue Reading
Advertisement

Trending