Connect with us

Inspirasi

Miskin Bukan ‘lesen’ Jadi Pengotor, Keluarga Duduk Dalam Khemah Dipuji Bersih & Kemas

Sejak semalam tular mengenai kisah keluarga seorang penuntut di UTM Skudai, Maznah Ismail, yang tinggal di dalam khemah yang serba kekurangan bersama keluarga abangnya, Radzuan Ismail.

Kisah kehidupan mereka mula menjadi perhatian netizen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati melihat keadaan hidup keluarga itu.

Rumah kemas tak kotor

Namun, jika dapat kita perhatikan menerusi gambar keadaan khemah tempat keluarga ini berteduh, walaupun nampak daif tetapi keadaan di sekitar dan di bahagian dalam agak kemas dan bersih.

Lihatlah, lantai bersih tanpa sampah malah, pakaian dan perkakas dapur juga disusun dengan teratur dan kemas. Kawasan luar jumpa nampak bersih dan tiada kelihatan sampah sarap bersepah di merata-rata tempat.

Miskin bukan alasan jadi pengotor

Kebiasaanya kita melihat setiap kali ada yang berkongsi mengenai keadaan rumah keluarga daif, kebanyakkannya kelihatan kotor dan tidak diurus dengan baik.

Daun kering pun tak nampak, rumah kemas takde berterabur

Malah, rata-rata netizen juga memuji keadaan khemah keluarga ini yang kemas dan dijaga dengan baik.

Ini membuktikan bahawa, kemiskinan bukan menjadi alasan untuk kita tidak menjaga kebersihan. Seburuk mana pun rumah yang kita miliki, jika pandai diatur dan dijaga dengan baik pasti akan nampak selesa untuk diduduki.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending